Skip to main content

Gaya Hidup Wanita

Anna Jobling Suka 'Reward' Diri Dengan Emas - "Saya Memang Minat Barangan Kemas & Perhiasan Sejak Kecil"

Astro Gempak anna tomei (1)

Sekilas

  • Anna Jobling lebih mengutamakan cinta sejati berbanding kemewahan material seperti barangan kemas kerana percaya harta boleh diperoleh melalui usaha sendiri.
  • Walaupun tidak meletakkan kemewahan sebagai keutamaan, Anna menggalakkan pelaburan emas sebagai simpanan jangka panjang yang berbaloi.
  • Kempen Raya 2026 Tomei bertemakan “Pulang, The Joy I Carry Home” menonjolkan momen persiapan Raya yang peribadi dan bermakna dengan koleksi barangan kemas terbaru.
Advertisement

Pelakon dan model terkenal, Anna Jobling mengakui dirinya lebih memilih cinta sejati berbanding kemewahan material, termasuk barangan kemas, kerana baginya segala harta mampu diperoleh melalui usaha sendiri.

Menurut Anna, barangan seperti emas dan perhiasan bukanlah ukuran utama kebahagiaan dalam hidupnya.

Advertisement

“Barangan seperti ini saya boleh dapatkan dengan usaha sendiri,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi barangan kemas Tomei, baru-baru ini.

Walaupun tidak meletakkan kemewahan sebagai keutamaan, Anna yang juga duta jenama Tomei melihat emas sebagai satu bentuk pelaburan yang stabil dan berbaloi untuk jangka panjang. Malah, dia sering menggalakkan orang terdekatnya untuk mula menyimpan emas walaupun dalam jumlah kecil.

“Saya selalu nasihatkan orang terdekat supaya melabur emas. Tak perlu besar, boleh mula kecil-kecilan ikut gram. Harga emas sentiasa meningkat, kalau turun pun sekejap saja. Jadi memang pelaburan yang berbaloi,” katanya.

Mengakui minat terhadap emas dan perhiasan sejak kecil, Anna berkata dia sudah lama mengumpul koleksi peribadi dan menjadikan emas sebagai ganjaran buat dirinya sendiri selepas bekerja keras.

“Saya memang minat gold dan jewellery dari kecil. Saya suka reward diri sendiri dengan emas. Saya juga suka koleksi Tomei sebab rekaannya sangat banyak, ada yang elegan, minimalis dan kemas,” ujarnya.

Bersempena sambutan Aidilfitri tahun ini, Tomei memperkenalkan kempen Raya 2026 bertemakan “Pulang, The Joy I Carry Home”, yang membawa makna pulang bukan sekadar kembali ke kampung halaman, tetapi juga kepada rasa, kenangan dan diri sendiri.

Kempen ini mengetengahkan momen persiapan Raya yang peribadi dan bermakna, diserikan dengan rekaan barangan kemas yang anggun serta bersifat abadi.

Sebagai wajah utama kempen, Anna tampil mempersonakan dalam empat gaya berbeza yang melambangkan suasana Aidilfitri, daripada pagi yang tenang hingga malam yang penuh cahaya. Setiap gaya dipadankan dengan koleksi terbaharu Tomei iaitu Sri Puteri, Diamond Cut, Anastasia dan Tomei Diamond Collection.

Kempen ini turut menonjolkan sisi lembut seorang wanita yang bersiap bukan untuk tontonan orang lain, tetapi untuk dirinya sendiri. Dari memilih baju kurung kegemaran, menyarungkan aksesori warisan hingga menyusun kenangan ke dalam beg, kisah ‘Pulang’ diterjemahkan melalui setiap kilauan emas dan berlian.

“Raya bukan hanya tentang kemeriahan, tetapi juga momen tenang yang menyentuh jiwa. Barang kemas ini bukan sekadar hiasan, ia adalah rasa yang dibawa pulang.

“Raya bukan hanya tentang kemeriahan. Ia juga tentang momen tenang yang menyentuh jiwa. Barang kemas ini bukan sekadar hiasan, ia adalah rasa yang dibawa pulang,”  kata wakil Tomei, Yi Jia.

Koleksi Raya Tomei 2026 kini boleh didapati di semua butik Tomei di seluruh negara serta secara dalam talian.
 

Anda mungkin berminat dengan

Unisex Shoe insole shoes men Shoe padding Tapak Kasut Dalam Pelapik Kasut Shoe insole arch support 鞋垫防痛久站

Unisex Shoe insole shoes men Shoe padding Tapak Kasut Dalam Pelapik Kasut Shoe insole arch support 鞋垫防痛久站

READY STOCK WOOHUU Men Outdoor Sneaker Sport Shoes Kasut Sukan Lelaki Sneakers Fashion 562

READY STOCK WOOHUU Men Outdoor Sneaker Sport Shoes Kasut Sukan Lelaki Sneakers Fashion 562

Clashe Seluar Jeans Wanita Loose Straight Cut Casual Fashion Mopping Women Palazzo Denim Pants Perempuan Baggy Jeans

Clashe Seluar Jeans Wanita Loose Straight Cut Casual Fashion Mopping Women Palazzo Denim Pants Perempuan Baggy Jeans

ASICS Netburner Shield FF 2 Women Netball Shoes In White/Morganite

ASICS Netburner Shield FF 2 Women Netball Shoes In White/Morganite

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Gila-Gila SS/Bebola Jubin/Jubin Papan/Papan Daun (26cm-27cm) GA-10

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Gila-Gila SS/Bebola Jubin/Jubin Papan/Papan Daun (26cm-27cm) GA-10

YOUMILIER Sweatshirt Pants Set 8062

YOUMILIER Sweatshirt Pants Set 8062

Must Watch Video

Advertisement