Skip to main content

Hiburan

Aqasha Sedia Terima Kritikan, Minta Penonton Fahami Hala Tuju Watak Habiburrahman - “Penonton Malaysia Ramai Yang Bijak…”

Astro Gempak 278

Sekilas

  • Aqasha berharap penonton dapat memahami perkembangan watak Habiburrahman dalam siri Walid tanpa membuat penilaian terburu-buru.
  • Dia percaya penonton Malaysia kini lebih matang dan celik media, mampu membezakan antara watak dalam drama dan realiti sebenar.
  • Aqasha juga bersedia menerima pelbagai reaksi, termasuk kritikan, sebagai sebahagian daripada tugasnya sebagai pelakon.

Pelakon Aqasha berharap penonton dapat memahami hala tuju watak Habiburrahman yang dibawakan dalam siri Walid tanpa membuat penilaian terburu-buru.

Menurut Aqasha, dia percaya penonton Malaysia kini semakin matang dan mampu memahami perbezaan antara watak dalam karya dengan realiti sebenar.

“Saya rasa penonton Malaysia sedia faham. Penonton Malaysia pun dah sedia ramai yang bijak dan celik kerana dah banyak menonton banyak kandungan dari platform-platform OTT luar.

“Jadi saya percaya penonton Malaysia lebih peka dan lebih jelas dengan karakter dan juga hala tuju watak Habiburrahman ini,” katanya.

Bagaimanapun, Aqasha tidak menolak kemungkinan ada pihak yang kurang senang dengan watak tersebut dan meluahkan pandangan mereka.

“Tapi saya juga tidak menafikan kemungkinan untuk orang berasa tersinggung dengan watak Habiburrahman ini dan mereka mengeluarkan pendapat-pendapat yang mungkin mereka rasa tak bersetuju.

“Dan saya juga bersedia dengan benda ini. Sebab pada saya sebagai pelakon, kalau kita tak bersedia untuk menerima kritikan yang membina dan juga kritikan yang menjahanamkan, maknanya kita tak layak berada dekat sini,” ujarnya.

Tambahnya lagi, sebagai pelakon dia perlu memiliki ketahanan mental untuk berdepan dengan pelbagai reaksi penonton terhadap watak yang dibawakan.

“Kita kena sedia kental untuk menghadap benda-benda ini semua. Sekarang ini mungkin baru satu dua episod yang keluar, dinamik watak itu masih sedang membina.

“Buat masa ini, mungkin dalam bulan puasa ini saya belum ada lagi terima sebarang cacian ataupun cercaan. Alhamdulillah. Kita tak tahu dalam seminggu dua macam mana lagi, kita tengoklah macam mana nanti,” katanya.

Mengikuti kejayaan besar Bidaah tahun lalu, siri siri Viu Original Walid (Heaven’s Reign) 12 episod terbitan Rumah Karya Citra itu ditayangkan secara eksklusif di platform penstriman berkenaan bermula 26 Februari 2026.

Siri tersebut turut menggabungkan semula pencipta dan penulis skrip Erma Fatima serta pengarah Pali Yahya yang sebelum ini mencipta fenomena menerusi Bidaah.

 

Anda mungkin berminat dengan

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Must-Watch Video

Advertisement