Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee dan isterinya, Nur Iliyaa Jasmina Roslan memilih nama yang cukup indah buat anak perempuan mereka iaitu, Ayana Aqila.
Tidak hanya berkongsi mengenai nama, Aqil juga turut mendedahkan wajah anak sulung mereka menerusi hantaran terbaharu di Instagram.
Advertisement
Menurut Aqil, nama Ayana Aqila itu membawa erti cahaya yang indah, bunga yang mekar, berakal dan penuh hikmah.
“Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur kami menyambut kelahiran puteri kecil kami, Ayana Aqila.
Namanya membawa maksud ‘cahaya yang indah, bunga yang mekar, berakal dan penuh hikmah,’ kongsinya.
Dalam hantaran yang sama, Aqil juga mendoakan agar cahaya matanya itu membesar dengan baik.
“Semoga Ayana membesar dalam iman, sihat tubuh badan, menjadi anak solehah serta penyejuk hati mama & papa Kami mohon doa yang baik-baik daripada semua,” coretnya.
Terdahulu, Aqil dan isterinya, Iliya berkahwin pada 20 Julai 2024.
Untuk info, Aqil diminati kanak-kanak kerana sering berkongsi video berbentuk hiburan seperti demonstrasi alat permainan kanak-kanak, makanan, haiwan peliharaan dan sebagainya.