Skip to main content

Selebriti

Ardell Syukur, Urusan Proses Pengebumian Kaki Ibu Selesai - “Rezeki Dapat Belajar Bersih, Cuci Serta Kafankan Bahagian Anggota Ibuku…”

Ardell Syukur, Urusan Proses Pengebumian Kaki Ibu Selesai

Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana berkongsi pengalaman sayu menguruskan sendiri pengebumian sebahagian kaki ibunya yang dipotong kerana masalah kesihatan.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Ardell memaklumkan dia berpeluang mengikuti proses mencuci, mengkafankan, dan menanam kaki ibunya yang telah dipotong, dengan bimbingan dan bantuan beberapa pihak.

Advertisement

Malah Ardell juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada pendakwah bebas yang juga merupakan rakan misi kemanusiaan Sumud Flotilla iaitu PU Rahmat kerana turut membantu menyempurkan urusan kaki ibunya.

“Rezeki harini dapat di ajar belajar dan turut bersama dalam menguruskan untuk bersih cuci serta kafankan bahagian kaki anggota ibuku dengan Ustazah Aina, terima kasih.

“Terima kasih juga Ustaz PU Rahmat sebab bantu saya dan datang sama untuk urusan ini dari forensik ke masjid, kafan sehingga urusan ditanam.

“Buat Team Pejabat pengurusan dan Team Tanah perkuburan islam kampung sungai kantan sebab sudi bantu saya urus kan kaki ibu saya, gali kan tanah untuk tanam kaki ibu saya, pihak masjid juga.

“Wahai Kaki ibu ku yang banyak berjasa… Terima kasih, selesai urusan kaki ini di dunia dan telah pun di kembalikan kepada tanah,” coretnya.

Sebelum ini, ibu Ardell dijadualkan menjalani pembedahan untuk memotong kedua-dua belah kakinya. 

Berita ini dikongsikan oleh PU Rahmat Ikhsan yang memohon orang ramai mendoakan agar urusan pembedahan tersebut berjalan lancar.
 

Must-Watch Video

Advertisement