Skip to main content

Selebriti

Ariz Lufias Nafi Dakwaan Buat ‘Skin Bleaching’ - “Semua Warna Cantik, Especially Kalau Kulit Tu Sihat”

Ariz Lufias

Sekilas

  • Ariz Lufias menafikan dakwaan bahawa dia menjalani rawatan untuk mengubah warna kulit seperti skin bleaching atau whitening drip.
  • Dia menjelaskan warna kulit cerahnya adalah faktor keturunan dan pernah memakai makeup untuk nampak lebih tan semasa penggambaran drama.
  • Ariz mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu mengejar standard kecantikan sehingga mengabaikan kesihatan dan berkongsi rutin skincare serta pemakanannya di TikTok.
Advertisement

Penyanyi, Ariz Lufias tampil menafikan dakwaan kononnya dia melakukan rawatan untuk mengubah warna kulit.

Menerusi kenyataan di platform Threads miliknya, Ariz berkata dia sering menerima soalan sama yang diajukan oleh netizen mengenai rawatan mencerahkan kulit seperti skin bleaching atau whitening drip setiap kali mengadakan sesi siaran langsung.

Advertisement

“Dalam live, saya selalu nampak komen yang insenuating saya ubah warna kulit.

“Ada yang tanya sama ada saya buat skin bleaching atau whitening drip.

“Bukan sekali dua, tapi hampir setiap kali saya buat live, soalan yang sama akan muncul,” kongsinya.

Tidak mahu dirinya disalah erti, Ariz menegaskan dia tidak pernah menjalani sebarang rawatan untuk memutihkan kulit dan warna kulit cerah itu datangnya daripada faktor keturunan.

“Jawapannya, tak. Saya memang ada keturunan Cina. Dari budak ramai yang ingat saya anak orang Cina.

“Waktu shooting drama saya pernah kena pakai makeup satu badan semata-mata nak bagi nampak lebih tan,” tegasnya.

Dalam hantaran yang sama, Ariz turut mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu mengejar standard kecantikan sehingga mengabaikan aspek kesihatan.

“Semua skin color cantik especially kalau kulit tu sihat. Nak ikut standard beauty but at what cost? Your kidneys?

“Kalau nak tanya tentang skincare dan pemakanan saya banyak share dekat tiktok saya. Hope orang akan stop tuduh saya ubah warna kulit. Aamin,” tulisnya.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement