Skip to main content

Hiburan

Arrora Salwa Kongsi Cara Jaga Mental - “Al-Quran, Tahajud & Ya Jabbar Sangat Membantu”

hfd

Sekilas

  • Penyanyi Arrora Salwa berkongsi amalan kerohanian seperti membaca Al-Quran, bangun bertahajud, dan solat hajat untuk menjaga kesihatan mental ketika menghadapi tekanan hidup.
  • Beliau menegaskan pentingnya fokus pada isi kandungan mesej, bukan siapa yang menyampaikan, terutama ketika berada di titik terendah.
  • Arrora juga menekankan keakraban dan hubungan rapat antara ahli keluarga sebagai tempat utama untuk meluahkan perasaan dan mendapatkan sokongan.

Penyanyi Arrora Salwa berkongsi amalan yang dilakukan bagi menjaga kesihatan mental, khususnya ketika berdepan tekanan hidup dan berada pada titik terendah.

Menurut Arrora, amalan kerohanian seperti membaca Al-Quran, bangun bertahajud, solat hajat memainkan peranan besar dalam menguatkan jiwa ketika diuji.

“Jangan tengok siapa yang menyampaikan informasi, tengok apa yang dia sampaikan.

“Apabila kita berada dalam keadaan tertekan, berada di titik terendah, Al-Quran sangat membantu. Tahajud sangat membantu, solat hajat, Ya Jabbar sangat membantu,” ujarnya.

Penyanyi lagu Ahmad itu turut menekankan pentingnya hubungan rapat sesama ahli keluarga kerana itu menjadi tempat utama untuk meluahkan perasaan.

“Keakraban antara ahli keluarga sangat penting, sebab itu dalam apa keadaan kita kena perbaiki silaturahim dengan keluarga,” katanya.

 

Sumber: TikTok

Must-Watch Video

Advertisement