Skip to main content

Hiburan

Aruwin Jadi Wakil Tunggal Malaysia di Winter Olympics, Mahu Banggakan Negara

Aruwin

Sekilas

  • Aruwin Salehhuddin, 21 tahun, menjadi satu-satunya wakil Malaysia dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk di Milano Cortina, Itali.
  • Beliau akan bertanding dalam dua acara luncur alpine iaitu Womens Giant Slalom pada 15 Februari dan Women’s Slalom pada 18 Februari.
  • Aruwin berkongsi rasa bangga mengibarkan jalur gemilang dan berazam melakukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia di seluruh dunia.

Nama Aruwin Salehhuddin mungkin asing dalam kalangan penggiat sukan negara namun tidak bagi pengikut setia sukan luncur alpine. Wanita yang baru berusia 21 tahun ini sudah berada dalam kelas tersendiri.

Buat kali kedua, Aruwin menjadi satu-satunya wakil tunggal Malaysia bertanding dalam Winter Olympics atau Sukan Olimpik Musim Sejuk yang sedang berlangsung di Milano Cortina, Itali.

Aruwin malah bakal bertanding dalam dua acara sukan luncur alpine iaitu Womens Giant Slalom yang dijadual berlangsung pada 15 Februari dan kategori Women’s Slalom pada 18 Februari ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aruwin melahirkan rasa bangga kerana mewaliki Malaysia dan mengibarkan jalur gemilang dalam temasya yang bakal berakhir pada 22 Februari ini.

“Saya tidak dapat meluahkan dengan kata-kata saat mengibarkan jalur gemilang di Cortina bersama dengan jurulatih, ibu dan bapa serta kontijen kami yang kecil.

“Ibu, ayah kalian telah bersama saya selama ini dan saya bangga dengan kita.

“Buat rakyat Malaysia yang berada di seluruh pelusuk dunia, saya cuba lakukan yang terbaik untuk membuat kalian bangga,” tulisnya dalam bahasa Inggeris.

Terdahulu, kepada BERNAMA, Aruwin yang membesar di Amerika Syarikat sebelum belajar bermain ski di Kanada berkata beliau percaya telah lebih bersedia dalam kelayakan Sukan Olimpik keduanya ini berbanding edisi pertama yang berlangsung di Beijing, empat tahun lalu.

Bercakap kepada Free Malaysia Today pula, Aruwin mengaku berasa bebas setiap kali meluncur.

“Saya rasa bebas setiap kali meluncur dan ‘adrenaline rush’. Apabila saya meluncur rasanya semua hal yang tak perlu terpadam. Masalah hidup atau segala cabaran yang saya alami ‘terbang’ saat saya meluncur, terutama apabila saya melakukannya dengan baik,” kata Aruwin.

Ayuh Aruwin! Malaysia mendoakan kejayaan anda di sana.

Anda mungkin berminat dengan

Ceramic Plate

Ceramic Plate

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Must-Watch Video

Advertisement