Skip to main content

Hiburan

Munafik: Melawan Iblis; Dari Romantik Ke Thriller, Kenali Arya Saloka Pemegang Karakter Ustaz Adam

Munafik: Melawan Iblis; Dari Romantik Ke Thriller, Kenali Arya Saloka Pemegang Karakter Ustaz Adam

Sekilas

  • Arya Saloka memegang watak Ustaz Adam dalam filem Munafik: Melawan Iblis, menggantikan Syamsul Yusof sebagai peruqyah yang membantu individu berdepan gangguan gaib.
  • Arya membuat persediaan rapi termasuk belajar ruqyah dan bacaan ayat al-Quran untuk menghayati watak yang penuh konflik dan emosi mendalam.
  • Filem ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 1 Oktober dan turut menampilkan pelakon seperti Acha Septriasa dan Dimas Aditya.
Advertisement

Pelakon Indonesia Arya Saloka bukanlah satu nama baharu dalam dunia lakonan menerusi karya dari pelbagai genre seperti romantik, aksi sehinggalah drama.

Kini, Arya tampil dengan watak yang cukup mencabar menerusi filem Munafik: Melawan Iblis apabila bakal memegang watak sebagai Ustaz Adam yang sebelum ini sinonim dengan pengarah dan pelakon asalnya, Syamsul Yusof.

Advertisement

Dalam filem tersebut, Ustaz Adam merupakan seorang peruqyah yang membantu individu berdepan gangguan gaib.

Namun, selepas tragedi besar menimpa keluarganya, Adam memilih untuk menjalani kehidupan seperti orang biasa sebelum kembali membantu apabila jirannya, Fitri, mengalami kejadian aneh.

Menariknya, pengalaman Arya menggalas karakter dengan sisi emosi yang berbeza menjadi antara kekuatan yang dibawanya ke dalam watak tersebut.

Antara karya lakonannya termasuk siri popular Gadis Kretek, filem thriller Dendam Malam Kelam, Sayap-Sayap Patah 2: Olivia dan Dilan ITB 1997.

Lebih menarik, Arya juga pernah bergandingan dengan pelakon Malaysia, Bront Palarae dalam Dendam Malam Kelam.

Pengalaman tersebut bukan sahaja memperlihatkan sisi lakonan Arya yang pelbagai, malah memberinya ruang untuk membawakan karakter yang mempunyai konflik dan lapisan emosi tersendiri.

Malah, Arya sebelum ini mendedahkan dia perlu membuat persediaan khusus untuk menjayakan watak Ustaz Adam, termasuk mempelajari ruqyah serta memastikan bacaan ayat al-Quran dilakukan dengan betul menerusi bimbingan ustaz.

Cabaran itu turut dirasai ketika menjayakan babak rukiah yang memerlukan tenaga serta emosi tinggi, terutama apabila karakter Adam bukan sahaja berdepan gangguan iblis tetapi turut bergelut dengan trauma dan konflik dalaman.

Justeru, pengalaman Arya membawa karakter yang kompleks dan memerlukan penghayatan emosi mendalam menjadi satu lagi sisi yang menarik untuk disaksikan menerusi watak Ustaz Adam dalam Munafik: Melawan Iblis.

Selain Arya, filem ini turut dibintangi Acha Septriasa, Dimas Aditya, Nova Eliza, Izabel Jahja, Widi Dwinanda dan Oce Permatasari yang menggantikan watak-watak asal versi Malaysia seperti Nabila Huda, Fizz Fairuz dan Sabrina Ali.

Filem ini merupakan terbitan Unlimited Production dan Skop Productions, serta sokongan oleh Legacy Pictures, AZ Films, dan Komet Productions.

Manakala Astro Shaw bertindak selaku rakan pemasaran di Malaysia Filem yang dijadualkan ditayangkan September ini mengisahkan tentang perjuangan Ustaz Adam dalam menyelamatkan seseorang dari jeratan iblis.

Munafik: Melawan Iblis ini juga akan dibawa ke pawagan di Malaysia pada 1 Oktober depan.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement