Skip to main content

Indonesia

Arya Saloka Jadi Ustaz Adam ‘Ganti’ Syamsul Yusof Dalam Munafik: Melawan Iblis, Teruja Belajar Ruqyah

Arya Saloka Jadi Ustaz Adam ‘Ganti’ Syamsul Yusof Dalam Munafik: Melawan Iblis, Teruja Belajar Ruqyah

Sekilas

  • Filem seram Munafik kini diadaptasi versi Indonesia dengan judul Munafik: Melawan Iblis, diarahkan oleh Guntur Soeharjanto.
  • Arya Seloka memegang watak Ustaz Adam dan belajar ruqyah serta sebutan ayat Al Quran dengan bimbingan ustaz untuk memastikan lakonan lebih realistik.
  • Filem ini akan ditayangkan pada September dan mengisahkan perjuangan Ustaz Adam menyelamatkan seseorang dari jeratan iblis.
Advertisement

Selepas sedekad dan menjadi filem Malaysia paling laris pada 2016, Munafik kini diadaptasi oleh pengkarya Indonesia dengan judul Munafik: Melawan Iblis.

Filem seram ghaib yang diarahkan dan ditulis oleh Syamsul Yusof itu disutradarai Guntur Soeharjanto untuk versi Indonesia.  Watak Ustaz Adam yang sangat ikonik dengan filem tersebut yang sebelum ini digalas oleh Syamsul sendiri dimainkan oleh aktor Arya Saloka.

Advertisement

Bercakap mengenai watak Ustaz Adam, Arya mengaku hal yang paling menyenangkan baginya adalah mempelajari ruqyah.

"Proses itulah yang sangat menyenangkan. Belajar ruqyah,” katanya seperti dilaporkan Kompas.

Menurut Arya lagi, dia juga belajar dan sangat berhati-hati terutama daripada segi sebutan ayat Al Quran yang dilafazkan. 

Untuk itu, dia mendapatkan bimbingan daripada seorang ustaz yang banyak membantu bukan hanya dirinya tetapi seluruh tim produksi dengan hafalan Al Quran.

“Memang saya belajar ulang dari Iqro. Kena perhatikan bacaan panjang dan pendeknya. Saya kena pastikan apabila penonton menonton filem ini, mereka benar-benar percaya saya seorang ustaz dan fasih membaca (ayat Al Quran), bukan sekadar berrlakon,” ujarnya lagi.

Munafik : Melawan Iblis dibintangi Acha Septriasa, Dimas Aditya, Nova Eliza, Izabel Jahja, Widi Dwinanda dan Oce Permatasari yang menggantikan watak-watak asal versi Malaysia seperti Nabila Huda, Fizz Fairuz dan Sabrina Ali.

Filem ini merupakan terbitan Unlimited Production dan Skop Productions, serta sokongan oleh Legacy Pictures, AZ Films, dan Komet Productions. Manakala Astro Shaw bertindak selaku rakan pemasaran di Malaysia

Filem yang dijadualkan ditayangkan September ini mengisahkan tentang perjuangan Ustaz Adam dalam menyelamatkan seseorang dari jeratan iblis.

Munafik: Melawan Iblis ini juga akan dibawa ke pawagan di Malaysia pada 1 Oktober depan.

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

READY STOCK Pajama Wanita Saiz Besar Camisole + Seluar Pendek - ILONA

READY STOCK Pajama Wanita Saiz Besar Camisole + Seluar Pendek - ILONA

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Selipar Sukan Luar, untuk Lelaki, Eva Beracuan Tebal, Pakaian Musim Panas,Bernafas, Tidak licin, Kasut Coros, Sesuai un

Selipar Sukan Luar, untuk Lelaki, Eva Beracuan Tebal, Pakaian Musim Panas,Bernafas, Tidak licin, Kasut Coros, Sesuai un

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video

Advertisement