Skip to main content

Hiburan

"Asapnya Sampai Ke Negara Jiran" - Cakra Khan Desak Kerajaan Ambil Tindakan Serius Isu Jerebu

"Asapnya Sampai Ke Negara Jiran" - Cakra Khan Desak Kerajaan Ambil Tindakan Serius Isu Jerebu

Sekilas

  • Penyanyi Indonesia, Cakra Khan, meluahkan kebimbangan mengenai isu jerebu yang bukan sahaja menjejaskan rakyat Indonesia tetapi juga masyarakat di negara jiran.
  • Beliau menyeru kerajaan supaya mengambil tindakan serius kerana asap jerebu merebak luas dan mengganggu kehidupan ramai orang merentasi sempadan.
  • Cakra menegaskan kerajaan perlu melindungi rakyat dan memastikan negara menjadi tempat yang selamat, bukannya membiarkan keadaan jerebu berlarutan akibat tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak.
Advertisement

Penyanyi popular Indonesia, Cakra Khan meluahkan kebimbangan terhadap isu jerebu yang didakwa bukan sahaja menjejaskan penduduk di negara sendiri malah turut memberi kesan kepada masyarakat di negara jiran.

Menerusi hantaran di Threads, , Cakra menyeru pihak kerajaan supaya memandang serius situasi berkenaan memandangkan asap yang merebak boleh mengganggu kehidupan orang ramai merentasi sempadan negara.

Advertisement

“Kerajaan, lihatlah semua ini. Inilah rakyat kamu. Asapnya merebak ke merata-rata tempat sehingga mengganggu saudara-saudara kita di negara jiran. Cubalah berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh!

“Kasihan mereka yang terkena kesan daripada semua ini. Semoga semua yang terjejas akibat bencana ini sentiasa berada dalam keadaan selamat!

“Situasi ini berpunca daripada tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab dan bertindak tanpa berfikir panjang,” tulisnya.

Advertisement

Pelantun lagu Kepada Hati itu turut menegaskan bahawa kerajaan sepatutnya memainkan peranan untuk melindungi rakyat serta memastikan negara menjadi tempat yang selamat untuk didiami.

“Negara dan kerajaannya sepatutnya melindungi rakyat serta menjadi tempat perlindungan yang selamat buat mereka, bukannya keadaan yang berlaku sebaliknya,” tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement