Sekilas
- Astro akan menayangkan 16 telefilem khas sempena Syawal dengan pelbagai genre termasuk drama kekeluargaan, komedi, dan kisah inspirasi bermula 1 Syawal di Astro Ria dan Astro Prima.
- Antara telefilem menarik adalah spin-off dari mega drama popular seperti Dia Bukan Syurga dan Rumah Tanpa Luka, serta komedi keluarga seperti Raya Jujur Je dan Oh Cerewetnya Datin.
- Pelanggan Astro boleh melanggan Pek Astro One bermula RM49.99 untuk menikmati semua kandungan Raya dan turut menerima pelekat Raya eksklusif melalui aplikasi MyAstro.
Sempena Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Astro akan mempersembahkan 16 buah telefilem khas Raya.
Telefilem yang akan menemui penonton bermula 1 Syawal kali ini tampil dengan kepelbagaian genre daripada drama kekeluargaan, komedi menghiburkan hinggalah kisah inspirasi yang menyentuh emosi.
Menurut Ketua Saluran Melayu Astro, Norzeha Mohd Salleh antara yang menjadi tumpuan ialah spin-off megadrama popular.
“Untuk program televisyen kali ini, kita ada 16 telemovie yang bakal menanti pelanggan Astro. Untuk Astro Ria, telemovie akan menemui penonton hari raya pertama hingga raya kelapan, jam 10 pagi.
“Antara yang menanti adalah ada dua yang spin off dari mega drama iaitu Dia Bukan Syurga lakonan Nizam Zaidi, Ezzanie Jasny & Nazim Othman serta Rumah Tanpa Luka yang dibintangi oleh Syukri Yahya, Nadhir Nasar dan Erysha Emira.
“Selain itu ada telemovie Kasihnya Ibu yang menampilkan pelakon seperti Lisdawati dan Hariz Hamdan,” ujarnya.
Antara lain yang turut mencuri perhatian adalah Kerikil Depan Rumah, Raya Jujur Je menyajikan komedi keluarga penuh gelak tawa, menampilkan Oddah, Sharifah Shahira dan Ijoy sekeluarga buat pertama kali di layar kaca.
Seven Untuk Suci, debut istimewa Kumpulan Alpha yang tampil buat pertama kali dalam sebuah telefilem.
Oh Cerewetnya Datin membawa kisah komedi kekeluargaan tentang seorang isteri yang terpaksa berdepan ibu mentua yang sangat cerewet dan menguji kesabaran, lakonan Zarina Zainuddin dan Qasrina Karim serta ResepiMagis Bonda, kisah seorang baker moden yang kembali menghargai warisan tradisi.
Sementara itu, Astro Prima (saluran 105) turut memeriahkan Syawal dengan seleksi telefilem penuh emosi dan komedi, membawakan kisah-kisah dekat di hati yang sarat dengan nilai kekeluargaan, keinsafan dan gelak tawa seperti Doa Sang Pendosa lakonan Datuk Hajah Fauziah Nawi, Fatimah Abu Bakar, Farah Ahmad dan Nadia Aqilah.
Antara Dua Takbir pula mengangkat kisah kehilangan tidak dijangka dalam sebuah keluarga menjelang Aidilfitri, lakonan Nabila Huda.
Lembayung Jiwa, menyentuh perasaan dengan kisah pengorbanan seorang ibu demi menyelamatkan masa depan anaknya, lakonan Fattah Amin dan Emma Maembong.
Sebatas Waktu mengupas konflik adik-beradik yang tercetus hanya kerana sebuah telefon bimbit, menampilkan Nad Zainal dan Shafie Naswip.
Menantu Mentua Pujaan menyajikan komedi segar tentang seorang bapa mentua yang terkena ‘sihir’ selepas menikmati kuih raya menantunya, lakonan Datuk Jalaluddin Hassan dan Sherry Al Hadad.
Manakala Lawak Nak Mati membawa komedi bittersweet tentang persahabatan dan kehilangan, menampilkan Kumpulan Roda Fad, Naqiu dan Shariff.
Tidak ketinggalan, 3 Andartu Cancel Raya memaparkan kisah tiga wanita yang masih belum bertemu jodoh dan cuba ‘mensabotaj’ sambutan Aidilfitri di kampung mereka kerana sering berasa terpinggir, lakonan Datuk AC Mizal, Maryam, Zulin Aziz dan Naz Sally.
Raya Rumah Mami pula menjanjikan komedi kekeluargaan apabila sebuah keluarga di Pulau Pinang, terkejut apabila mengetahui menantu baharu mereka adalah seorang lelaki berbangsa Tionghoa, tetapi akhirnya belajar meraikan perbezaan dua budaya lakonan Rozita Che Wan, Farouq Hussain, Sean Lee serta juara Dewi Remaja, Nylea Adzlan. Pelbagai cerita.
Dalam pada itu, tiga buah drama turut diteruskan daripada barisan drama Ramadan Raya Astro tahun ini, memaparkan kisah komedi, emosi dan keluarga, termasuk musim kedua karya popular Siti Rosmizah iaitu Andai Itu Takdirnya 2 dan Sujud Terakhir Encik Norman serta komedi dalam Keluarga Iskandar 3 yang kembali selepas 11 tahun.
Menerusi Astro Prima pula, Kisah Bawah Tanah, sebuah siri animasi komedi terbaharu untuk seisi keluarga yang mengisahkan makhluk halus dari lagenda dan cerita rakyat yang tiba-tiba bertembung dengan kekecohan dunia moden.
Menggabungkan unsur mitos, humor slapstik dan situasi kontemporari, siri eksklusif Astro ini membawa legenda lama hidup semula dengan cara yang kelakar, segar dan menghiburkan seisi keluarga.
Tawaran Langganan
Bagi menikmati keseluruhan kandungan Raya, pelanggan boleh melanggan Pek Astro One bermula RM49.99 melalui laman web rasmi Astro atau WhatsApp 03-9543 3838.
Astro turut mengedarkan pelekat Raya eksklusif menerusi aplikasi MyAstro bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri.
Dengan pelbagai sajian hiburan dan inisiatif komuniti, Astro terus komited menghidupkan semangat Syawal – kerana ‘Bila Bersama, Lagi Jadi’.