Skip to main content

Hiburan

“Asyik Tunduk Je, Risau Pula Tengkuk Tu” - Suami Anzalna Nasir Dipuji Warganet, Jaga Pandangan Walaupun Dikelilingi Model Wanita

cddc

Sekilas

  • Hanif Zaki, suami pelakon Anzalna Nasir, menarik perhatian warganet kerana sentiasa menjaga pandangan ketika menghadiri pertunjukan fesyen baru-baru ini.
  • Video yang dikongsi Anzalna menunjukkan Hanif asyik menunduk dan bermain telefon bimbit walaupun dikelilingi model wanita cantik.
  • Rata-rata netizen memuji sikap Hanif yang menghormati isterinya dan memelihara pandangan, sambil mendoakan kebaikan untuk pasangan itu.

Suami kepada pelakon jelita, Anzalna Nasir, iaitu Hanif Zaki, sekali lagi menarik perhatian warganet apabila tindakannya yang sentiasa menjaga pandangan dirakam ketika menghadiri sebuah majlis pertunjukan fesyen baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh Anzalna atau nama lengkapnya Nur Anzalna Md. Nasir, 37, pasangan itu dilihat berada di barisan hadapan fashion show yang menampilkan ramai model wanita.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah gelagat Hanif yang hampir sepanjang masa dilihat menundukkan pandangannya sambil bermain telefon bimbit. 

“Dugaan buat Hanif, Miss Universe depan mata, model hot!

“Okay ke Hanif? Asyik tunduk je dari tadi, risau pula tengkuk tu. Tapi baguslah maintain macam tu. Jinak betul dia,”  tulis Anzalna di kapsyen. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum dengan tindakan Hanif yang dilihat menghormati isterinya dan sentiasa memelihara pandangan.

“Baguslah maintain macam tu. Semoga Allah SWT pelihara pandangan kita semua.

“Hanif faham betul apa yang Anzalna miliki, memang dia takkan pandang orang lain,” komen beberapa netizen. 

Untuk rekod, Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.

 

Sumber: TikTok

Must-Watch Video

Advertisement