Skip to main content

Gaya Hidup Wanita

Atikah Suhaime Kongsi Petua Rambut Lebat Ibu Mentua, Amalkan ‘Scalp Oiling’ Pada Kulit Kepala - “Kalau Nak Kulit Cantik & Bersih…”

Atikah Suhaime rambut lebat

Sekilas

  • Atikah Suhaime berkongsi petua rambut lebat ibu mentuanya yang hampir berusia 70 tahun iaitu dengan melakukan sapuan minyak pada kulit kepala secara konsisten.
  • Selain itu, Atikah turut menekankan amalan minum sup secara berkala sebagai rahsia menjaga kecantikan dan kesihatan kulit dalam keluarganya mentua.
  • Perkongsian Atikah di platform Threads mendapat pelbagai komen positif daripada netizen yang menghargai petua yang dikongsikan.

Pelakon dan usahawan, Atikah Suhaime berkongsi petua penjagaan rambut yang dipelajarinya daripada keluarga mentua selepas berkahwin.

Menerusi satu perkongsian di platform Threads, Atikah berkata dia amat mengagumi rambut ibu mentuanya yang masih kelihatan lebat walaupun sudah menghampiri usia 70 tahun.

Menurut Atikah, rahsia utama yang diamalkan oleh ibu mentuanya adalah melakukan sapuan minyak pada kulit kepala atau scalp oiling secara konsisten.

“Rambut ibu mentua saya. Umurnya hampir 70 tahun, ya. Rahsianya? Sapuan minyak pada kulit kepala (scalp oiling),” kongsinya.

Selain petua rambut, Atikah turut berkongsi bahawa amalan minum sup secara berkala juga antara rahsia yang diamalkan dalam keluarganya mentuanya bagi membantu menjaga kecantikan dan kesihatan kulit.

“Ini antara perkara yang saya pelajari selepas berkahwin dengan keluarga Cina Muslim.

“Kalau nak kulit cantik dan bersih, minum sup. Kalau nak rambut lebat, amalkan sapuan minyak pada kulit kepala,” tulisnya.

Hantaran itu ternyata menerima pelbagai komen positif daripada netizen yang berterima kasih kepada Atikah kerana tidak lokek berkongsi petua itu.

 

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Must Watch Video

Advertisement