Skip to main content

Selebriti

Atta Halilintar Tegur Individu Perlekeh Orang Rakam Pesawat Mendarat - “Boleh Jadi Itu Pengalaman Pertama & Momen Sangat Bererti…”

Atta

Sekilas

  • Atta Halilintar menegur sikap segelintir individu yang menghakimi orang lain hanya kerana teruja merakam video pesawat mendarat.
  • Atta menegaskan setiap orang ada cerita dan pengalaman berbeza yang tidak diketahui orang lain, jadi tidak wajar pandang rendah pada cara mereka menghargai momen.
  • Menurut Atta, menikmati pemandangan dan mengabadikan kenangan bukan ukuran status, pendidikan, atau kelas ekonomi seseorang.
Advertisement

Pempengaruh dan usahawan Indonesia, Atta Halilintar tampil menegur sikap segelintir individu yang gemar menghakimi orang lain hanya kerana teruja merakam video ketika pesawat mendarat.

Menerusi satu perkongsian di platform Threads, Atta berkata setiap individu mempunyai cerita dan pengalaman berbeza yang tidak diketahui orang lain.

Advertisement

Disebabkan itu juga, Atta berpendapat tidak wajar seseorang dipandang rendah hanya kerana cara mereka menghargai sesuatu momen.

“Urus sahaja hidup sendiri. Lucu juga apabila ada yang sanggup menghakimi orang hanya kerana mereka teruja merakam pesawat yang sedang mendarat.

“Padahal kita tidak pernah tahu cerita di sebalik momen itu. Mungkin itu pengalaman pertama mereka, atau justeru momen yang sangat bererti dalam hidup mereka,” tulisnya.

Dalam hantaran yang sama, Atta turut berkata menikmati pemandangan serta mengabadikan kenangan bukanlah ukuran kepada status, tahap pendidikan atau kedudukan ekonomi seseorang.

“Menikmati pemandangan dan mengabadikan kenangan bukan ukuran status, pendidikan, atau kelas ekonomi seseorang.

“Yang benar-benar memalukan adalah merasa lebih hebat hanya kerana meremehkan orang lain,” coretnya.

Untuk info, Atta meluahkan pandangannya susulan posting seorang individu yang disifatkan sebagai perlian terhadap golongan tertentu.

“Kenapa golongan B40 suka sangat merakam video ketika kapal terbang mendarat. Jarang travel ke?” tulis individu tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement