Pelakon, Raja Atiq meluahkan rasa terkilan selepas menerima jawapan kurang sopan daripada seorang individu produksi ketika bertanya mengenai peluang berlakon.
Menerusi hantaran di Threads, Raja Atiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah berkongsi tangkap layar perbualannya bersama individu terbabit, di mana dia menzahirkan hasrat untuk
membintangi sesebuah naskhah sama ada sebagai watak utama mahupun sampingan.
Advertisement
Namun, pertanyaan itu dibalas dengan nada seakan memperlekehkan dirinya.
"Awak siapa , nak supporting sementahlah nak jadi hero?” tulis individu tersebut.
Tersinggung dengan respons itu, Atiq menjelaskan niatnya hanyalah untuk bertanya dengan baik jika ada peranan yang boleh ditawarkan kepadanya.
“Kalau hina saya, jawab dahulu salam. Maaf ganggu, saya hanyalah seorang pelakon yang bertanya tentang khabar sahaja. Lagi pun sebelum ini kita pernah mesej di sini, dulu abang ada call saya tanya pasal episod lepas itu diam begitu sahaja,” balas Atiq.
Atiq turut menegaskan dia sudah memperkenalkan diri dengan sopan sebelum menghantar mesej, malah merasa hairan apabila tindakannya dianggap tidak beradab.
“Saya terpaksa save nama 'production manager' ataupun siapa sekali pun untuk tutup namanya , at the first saya tanya baik2 "Assalmualaikum maaf ganggu , sihat ke?
“Kalau ada apa2 supporting atau hero yang di perlukan untuk shooting , akak whatpps la saya ye, insyallah saya akan komit yang terbaik , sekarang saya tengah free boleh la kalau nak shoot. Adakah ini kurang hajar wahai production manager? Takkan di sebab kan saya tertypo,” kongsinya.
Perkongsian Atiq itu turut mendapat perhatian ramai di media sosial. Rata-rata netizen menyifatkan jawapan individu terbabit sebagai tidak profesional.