Skip to main content

Hiburan

Ayden Teruja Baca Kad Ucapan & Hadiah Pemberian PMX Buat Bella Astillah & Syed Saddiq - “Semoga Mahligai Yang Dibina Sentiasa…”

Ayden Teruja Baca Kad Ucapan & Hadiah Pemberian PMX Buat Bella Astillah & Syed Saddiq - “Semoga Mahligai Yang Dibina Sentiasa…”

Sekilas

  • Bella Astillah dan Syed Saddiq menerima hadiah serta ucapan istimewa daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri sempena perkahwinan mereka.
  • Anak sulung Bella, Ayden, membacakan kad ucapan yang mengandungi doa dan harapan untuk kebahagiaan pasangan tersebut.
  • Majlis akad nikah diadakan di Merdeka 118 Precinct dengan tema Islamic Arabic dan dihadiri 255 jemputan termasuk keluarga serta kenalan rapat.
Advertisement

Pastinya perkahwinan pasangan selebriti Bella Astillah dan Syed Saddiq sangat istimewa selepas pasangan itu menerima hadiah serta ucapan istimewa daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Bella dan suaminya yang juga merupakan Ahli Parlimen Muar tampil berkongsi hadiah yang diterima mereka daripada Datuk Seri Anwar dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah.

Advertisement

Lebih mencuri tumpuan, anak sulung kepada Bella iaitu Ayden dilihat bersungguh-sungguh membacakan kad ucapan yang turut disertakan bersama hadiah tersebut.

“Bella Astillah, selamat pengantin baru. Semoga mahligai yang dibina sentiasa dilimpahi keberkatan, kasih sayang dan dikurniakan keluarga yang sakinah, mawaddah serta warahmah,” bacanya.

Menerusi perkongsian yang sama, Bella turut menzahirkan kata penghargaan buat pasangan pemimpin negara tersebut atas hadiah yang diberikan.

Advertisement

“Alhamdulillah, terima kasih PMX, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail atas pemberian hadiah perkahwinan ini. Satu ingatan yang sangat kami hargai. Semoga segala urusan PMX sentiasa dipermudahkan,” tulisnya.

Terdahulu, Bella selamat diijabkabulkan bersama pasangannya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan sekali lafaz pada pukul 10.40 pagi 10 Oktober lalu..

Majlis akad nikah dikendalikan Dr Zulkifli dengan berwalikan bapa Bella Astillah, Awang Astillah Abdullah@ Dullah serta dua orang saksi, Ustaz Syed Abdullah Syed Nordin dan Ustaz Mohd Nizam Md Nor.

Pada hari istimewa itu, Bella dan Syed Saddiq mengenakan busana rekaan pereka fesyen terkenal Zaimi Zulkafli. 

Pengantin lelaki turut menyerahkan mas kahwin bernilai RM500 dengan tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas sembilan daripada pihak wanita.    Lebih menarik Bella dan Syed Saddiq menjadi pasangan pertama yang disatukan sebagai suami isteri di bangunan ikonik Malaysia, Merdeka 118 Precinct.

Majlis bertema Islamic Arabic dihadiri 255 jemputan termasuk keluarga terdekat serta kenalan rapat kedua belah pihak.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement