Sekilas
- Drama Ikatan Terlarang lakonan Erysha Emyra, Hisyam Hamid, Mawar Rashid dan Alif Hadi kini trending di media sosial.
- Babak di mana pipi Alif Hadi terkena kuku Ersyha menjadi tular dan mencetuskan gelak tawa wargamaya di Threads.
- Alif Hadi sendiri berseloroh tentang babak tersebut, menambah kelucuan kepada perbualan netizen.
Drama Ikatan Terlarang lakonan Erysha Emyra, Hisyam Hamid, Mawar Rashid dan Alif Hadi kini menjadi trending di laman sosial.
Malah video memperlihatkan babak pipi Alif Hadi terkena kuku Ersyha menjadi perbualan wargamaya di Threads.
Menerusi perkongsian individu di Threads berkata sepatutnya babak itu membuatkan penonton berasa sedih namun bertukar menjadi lawak.
“Dua kali kena cucuk kat pipi tu 😅 Korang okay tak tu?” tulis individu tersebut.
Bagaimanapun Alif yang memegang watak sebagai Rasyid berseloroh meninggalkan komen di hantaran tersebut.
“Pedih mata🥲… bukan sekali… dua kali dik, auto tak hesmes (handsome),” tulisnya.
Rata-rata wargamaya turut terhibur melihat babak tersebut.
Sumber - Threads