Sekilas
- Pengacara MeleTOP, Hawa Rizwana, menganggap media sosial bukan sepenuhnya negatif dan lebih suka berkongsi konten positif yang menghibur dan memberi motivasi.
- Hawa menghargai sokongan keluarga, rakan-rakan, dan peminat di media sosial yang sentiasa ada bersamanya sepanjang menghadapi kecaman.
- Beliau berharap isu yang berlaku menjadi pengajaran untuk semua agar lebih berhati-hati dan berhemah dalam berkomunikasi di media sosial.
Berdepan dengan kecaman gara-gara video fitnah melibatkan dirinya, pengacara Hawa Rizwana bagaimanapun menganggap platform media sosial bukanlah sepenuhnya negatif.
Menurut pengacara program MeleTOP itu, banyak perkongsian di media sosial yang lebih ke arah positif yang boleh dikongsikan.
“Bagi saya, laman sosial bukanlah negatif sangat. Jadi apa kata kita enjoy konten yang positif, uplifting, kelakar dan motivational pun ada untuk kita menjadi seorang muslim yang lebih baik.
“Saya pun suka repost apa saja perkongsian yang saya rasa ia akan membuatkan orang ketawa atau akan bantu mereka menjalani kehidupan harian,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Hawa turut meluahkan rasa syukur apabila dikelilingi orang yang sentiasa ada bersamanya selain sokongan yang diterima di laman sosial.
Hawa turut berharap isu yang berlaku melibatkan dirinya itu juga dapat dijadikan pengajaran buat semua orang.
“Saya hargai keluarga, rakan-rakan yang sentiasa ada untuk saya. Saya juga hargai kata-kata baik dan sokongan di laman sosial.
“Semoga kita semua dapat mengambil sesuatu yang baik daripada perkara ini dan menjadi lebih berhati-hati serta berhemah terhadap satu sama lain.
“Berlembutlah dalam tutur kata anda… kerana kita tidak pernah benar-benar tahu apa yang orang lain lalui.