Skip to main content

Selebriti

Baru Lepas Bersalin, Watie Hanifiah Hargai Usaha Shuib Jaga Baby - “Bila Akira Menangis, Mummy Jadi Panik, Daddy Lah Yang Uruskan…”

Watie Shuib jaga Akira

Sekilas

  • Watie Hanifiah berkongsi pengalaman pertama sebagai ibu yang penuh cabaran selepas melahirkan anak perempuan mereka, Akira Juwita.
  • Suami Watie, pelawak Shuib Sepahtu, sangat memahami dan banyak membantu sepanjang tempoh selepas bersalin, terutama dalam menguruskan bayi.
  • Watie mengakui sering berasa panik dengan pelbagai situasi melibatkan bayi, namun bersyukur dengan sokongan Shuib yang sentiasa ada di sisi.
Advertisement

Isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat memahami dan banyak membantu sepanjang tempoh selepas bersalin.

Menerusi hantaran di Instagram, Watie berkongsi pengalaman pertama bergelar ibu yang disifatkan sebagai penuh cabaran.

Advertisement

Menurut Watie, sejak dari awal kehamilan sehinggalah hari pertama kelahiran cahaya mata mereka, Akira Juwita, Shuib tidak pernah lekang menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa dengan penuh dedikasi.

“The Struggle Is Real @shuibsepahtu. Thank you Daddy, dari dalam perut sampai lah hari pertama Akira Juwita lahir, Daddy sentiasa disisi.

“Bila Akira poopoo, menangis tak pandai menyusu lagi, mummy pula jadi panik, Daddy lah yang uruskan semua,” kongsinya.

Tambah Watie lagi, sebagai ibu baharu, dia mengakui sering berdepan perasaan panik dalam pelbagai situasi melibatkan bayinya, termasuk ketika menyusu, menangis atau perubahan tingkah laku pada Akira.

“Semoga Allah berikan syurga buat Daddy. Terima kasih memahami hormon saya yang buat pertama kali jadi ibu ni.

“Semua benda jadi panik segala. Akira tak pandai menyusu lepas tu nangis pun mummy panik, Akira menyusu baru sekejap lepas tu diam pun mummy panik.

“Akira lepas minum susu termenung pun Mummy panik, susu banyak tumpah pun mummy panik,” jelasnya.

Untuk rekod, pasangan ini baru sahaja menimang cahaya mata perempuan pada 6 April 2026.


Sumber: Instagram @iamwatie

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement