Skip to main content
Advertisement

Antarabangsa

Baru Lima Hari Kahwin, Rapper Korea Didakwa Curang Dengan Wanita Lain, Agensi Tampil Beri Penjelasan

Baru Lima Hari Kahwin, Rapper Korea Didakwa Curang Dengan Wanita Lain, Agensi Tampil Beri Penjelasan

Sekilas

  • Yang Hong Won, penyanyi rap Korea Selatan, didakwa curang dengan seorang wanita sebelum berkahwin dengan model Won Hyun Joo pada 18 Oktober lalu.
  • Agensi Yang Hong Won menafikan hubungan romantik dan menjelaskan kejadian berlaku ketika penyanyi itu mabuk dan tidak sedar di motel bersama wanita terbabit.
  • Yang Hong Won dan wanita tersebut membuat laporan polis terhadap individu yang didakwa memeras ugut dan menyebarkan maklumat palsu mengenai kontroversi ini.
Advertisement

Baru sahaja lima hari mendirikan rumah tangga, penyanyi rap Korea Selatan, Yang Hong Won menjadi perhatian ramai selepas terpalit dakwaan curang dengan seorang wanita lain.

Kontroversi itu tercetus selepas seorang individu yang dikenali sebagai A tampil mendedahkan dakwaan bahawa penyanyi berusia 27 tahun itu pernah mengunjungi sebuah motel bersama wanita lain.

Advertisement

Bagaimanapun, kejadian tersebut dilaporkan berlaku kira-kira tiga hingga empat minggu sebelum Yang Hong Won melangsungkan perkahwinan dengan model Won Hyun Joo pada 18 Oktober lalu.

Individu berkenaan turut berkongsi beberapa rakaman perbualan telefon, tangkap layar mesej serta gambar wanita yang didakwa terlibat menerusi media sosial.

Lebih mengejutkan, A secara terbuka mengakui bahawa pendedahan tersebut dibuat bagi mendapatkan perhatian dan wang.

Advertisement

Susulan kontroversi berkenaan, agensi yang mewakili Yang Hong Won, AP Alchemy mengesahkan penyanyi rap itu sememangnya pernah mengunjungi sebuah motel bersama wanita terbabit.

Bagaimanapun, pihak agensi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa kedua-duanya mempunyai hubungan romantik atau melakukan sebarang perbuatan intim.

Menurut agensi, Yang Hong Won sebelum itu menghadiri sesi minum bersama beberapa individu di kediaman A selepas selesai mengadakan persembahan.

Ketika berada di kediaman berkenaan, A didakwa meminta Yang Hong Won dan wanita tersebut meninggalkan rumah sebelum mengarahkan mereka ke sebuah motel.

Agensi menjelaskan bahawa Yang Hong Won berada dalam keadaan mabuk dan terus tertidur sebaik memasuki bilik motel tersebut.

Wanita berkenaan kemudiannya dilaporkan menghubungi A untuk mendapatkan bantuan sebelum meninggalkan lokasi terbabit.

Dalam masa sama, AP Alchemy mendakwa individu yang menyebarkan tuduhan tersebut cuba memeras ugut Yang Hong Won dengan meminta sejumlah wang.

Difahamkan, Yang Hong Won dan wanita terbabit telah membuat laporan polis berhubung dakwaan pemerasan ugut, gangguan serta penyebaran maklumat palsu.

Sementara itu, kontroversi berkenaan semakin mendapat perhatian apabila Yang Hong Won dan isterinya dilaporkan sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Bagaimanapun, kedua-duanya masih belum memberikan sebarang penjelasan terbuka mengenai perkara tersebut.

Untuk rekod, Yang Hong Won mula dikenali selepas menjuarai program pertandingan High School Rapper musim pertama pada 2017.

Pasangan berkenaan juga mempunyai seorang anak perempuan yang dilahirkan pada November 2024.

Sumber: The Korea Herald

Anda mungkin berminat dengan

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

Must Watch Video

Advertisement