Skip to main content

Hiburan

“Baru Nak Berlakon Filem Tapi Berani Minta RM100,000 Kenapa?” – Nam Ron

“Baru Nak Berlakon Filem Tapi Berani Minta RM100,000 Kenapa?” – Nam Ron

Sekilas

  • Pelakon Nam Ron berkongsi kisah penerbit terkejut apabila seorang pelakon muda minta bayaran RM100,000 untuk jadi hero filem walaupun pengalaman dan pengikut media sosialnya masih rendah.
  • Penerbit tersebut akhirnya tolak pelakon muda itu dan pilih pelakon lain kerana bayaran yang diminta dianggap tidak munasabah.
  • Nam Ron juga akan membintangi filem TERBANG yang diinspirasikan daripada legenda rali negara, Karamjit Singh, dan akan ditayangkan pada 17 September.
Advertisement

Pelakon Nam Ron mencuri perhatian selepas berkongsi kisah seorang penerbit yang terkejut apabila seorang pelakon muda didakwa meminta bayaran RM100,000 untuk membintangi sebuah filem sebagai teraju utama.

Menerusi perkongsian di Threads, Nam Ron berkata penerbit berkenaan yang juga rakannya sudah lama bergelar pelakon namun baru pertama kali menerbitkan filem.

“Dia nak panggil seorang pelakon muda untuk jadi hero dalam filem dia. Pelakon itu minta bayaran RM100,000, kawan saya terkejut.

“Pelakon itu cakap dia ada pengalaman empat tahun berlakon drama TV. Kawan saya dengan nada ‘down’ cakap, ‘Aku berlakon berpuluh tahun tak pernah dibayar macam tu’,” katanya.

Nam Ron kemudian bertanya sama ada pelakon terbabit mempunyai jumlah pengikut media sosial yang tinggi, namun menurut rakannya, perkara tersebut juga tidak menjadi faktor.

“Saya mencelah, ‘Followers dia berjuta kot?’. ‘Tak adalah bro,’ jawab kawan saya pendek.

“Akhirnya dia tolak pelakon itu dan ambil pelakon lain,” ujarnya.

Situasi tersebut membuatkan Nam Ron tertanya-tanya mengenai rasional jumlah bayaran diminta memandangkan pelakon berkenaan didakwanya masih baharu, belum begitu popular dan pertama kali mahu membintangi filem.

“Pengalaman masih cetek, tak popular sangat pun, followers tak ada juta-juta, baru nak berlakon filem tapi berani minta RM100,000, kenapa?

“Saya rasa mungkin ada kawan dia yang bagi nasihat salah, suruh minta RM100,000 sebab ini filem bukan TV,” katanya secara berseloroh.

fdbg
 

Advertisement
dvfb


Bagaimanapun, Nam Ron tidak mendedahkan identiti pelakon muda mahupun penerbit yang dimaksudkan dalam perkongsian tersebut. 

Menerusi perkembangan lain, Nam Ron turut membintangi filem TERBANG arahan Chiu Keng Guan yang diinspirasikan daripada perjalanan legenda rali negara, Karamjit Singh.

Dalam filem tersebut, Nam Ron membawakan watak Rahim, pengurus pasukan PERT yang menjadi antara individu penting dalam perjalanan pasukan rali berkenaan.

TERBANG bakal menemui penonton di pawagam pada 17 September depan.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

Must Watch Video

Advertisement