Skip to main content

Selebriti

Bawa Watak Antagonis, Zara Zya Reda Dikecam - “Ada Yang Sampai Kata Anak Dara Tua, Tipulah Kalau Tak Terasa”

Zara Zya

Sekilas

  • Zara Zya dikecam netizen kerana membawa watak antagonis dalam drama, namun dia menegaskan watak itu tidak mencerminkan dirinya di dunia nyata.
  • Dia menerima komen negatif termasuk yang menyentuh hal peribadi, tetapi menganggapnya sebagai perkara biasa bagi seorang selebriti.
  • Sekarang Zara sedang sibuk menjalani penggambaran drama 60 episod berjudul Mencari Isteri Sempurna untuk tayangan Ramadan tahun depan.

Pelakon, Zara Zya teruk dikecam netizen gara-gara membawa watak antagonis dalam sebuah drama.

Menurut Zara, dia tidak kisah dikecam namun apabila sampai menyentuh hal peribadi baginyaitu agak melapau.

“Ada banyak komen komen yang positif dan juga negatif, dan yang negatif itu sampai menyentuh isu peribadi.

“Kata anak dara tua lah lepas tu Zara Zya ba** lah kan, kemudian ada juga yang kata ntah ntah ini diri dia sendiri,” ujarnya kepada Gempak.

Jelas Zara, watak yang dibawanya hanyalah sebahagian daripada tuntutan lakonan dan tidak seharusnya disamakan dengan keperibadiannya di dunia nyata.

“Ya ampun itu hanya drama sahaja, saya hanyalah pelakon. Adakah anda lupa watak-watak saya yang pernah didera, yang menangis sebelum ini? Terima lah saya sebagai seorang pelakon.

“Setakat ini di luar saya belum lagi terima kecaman sebab saya pun tidak kerap keluar berjumpa orang luar. Kehidupan saya banyak di tempat kerja sahaja,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Zara berkata setakat ini dia belum berdepan kecaman secara bersemuka kerana jarang keluar berjumpa orang ramai dan lebih banyak menghabiskan masa di lokasi penggambaran.

“Untuk komen yang mengatakan saya anak dara tua dan sebagainya nak kata tak terasa itu tipulah.

“Tapi bagi saya itu biasa, untuk mulut mulut, jari jemari mereka yang tidak ada empati, tidak ada rasa belas kasihan, tidak ada rasa adab.

“Perkara begitu saya ketepikan, biasa sahaja lah bagi saya seorang selebriti. Saya terima dengan hati yang terbuka.

“Sekarang ini saya tengah sibuk shooting drama 60 episod untuk tayangan bulan ramadan tahun depan berjudul Mencari Isteri Sempurna,” ujarnya.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement