Skip to main content

Filem

Bawa Watak Isteri Kedua, Megan Domani Sedia Terima Reaksi Netizen Demi Anisa - “Sejak Baca Skrip Lagi Saya…”

Megan

Sekilas

  • Pelakon Megan Domani bersedia menerima komen negatif mengenai wataknya sebagai isteri kedua dalam filem 'Tuhan, Benarkah Kau Mendengar Ku?' namun wataknya digambarkan rendah hati dan berbeza daripada stereotaip biasa.
  • Filem ini mengangkat tema spiritualiti wanita dan cabaran ibu tunggal dalam keluarga berpecah, dengan watak Sarah yang perlu belajar memaafkan dan bertahan melalui doa.
  • 'Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?' merupakan hasil kerjasama produksi Indonesia-Malaysia dan kini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.
Advertisement

Pelakon Indonesia, Megan Domani sudah bersedia sekiranya menerima komen yang kurang manis mengenai wataknya sebagai Anisa iaitu isteri kedua dalam filem terbaharu, ‘Tuhan, Benarkah Kau Mendengar Ku?’

Menurut Megan, sejak awal membaca skrip, dia sudah menjangkakan kemungkinan wataknya menerima reaksi negatif daripada penonton.

Advertisement

Namun kata Megan, karakter Anisa jauh berbeza daripada stereotaip isteri kedua yang sering digambarkan dalam kebanyakan naskhah.

“Pastinya saya surah bersedia, sejak membaca skrip lagi, saya sudah bersedia sekiranya menerima kecaman daripada netizen.

“Tapi, watak Anisa ini bukanlah isteri kedua yang pada umumnya jahat atau mendominasi, bukan.

“Anisa yang ini sangat rendah hati, dia baik, dia tahu diri, jadi ada diantara mereka yang telah menonton filem ini kesian pada saya, malah merasakan watak saya ini baik orangnya,” katanya kepada Gempak.

Bagaimanapun Megan berharap situasi seperti itu tidak pernah terjadi dalam realiti kehidupannya.

“Semoga tidak pernah terjadi, tapi kalau ya (untuk watak Anisa), pasti seperti Anisa, yang tahu diri, dia malah dengan rendah hati menempatkan diri dengan baik.

“Anisa juga banyak mendapat inspirasi daripada sosok Sarah iaitu isteri yang pertama.

“Tetapi jika situasi itu berlaku pada seorang Megan, memang saya tidak akan pernah mahu,” tegasnya.

Selain Megan, filem ini turut dibintangi oleh Revalina S Temat, Gunawan Sudrajat, Annisa Kaila, Roy Sungkono, Risma Nilawati, Dhawiya Zaida, Daniella Sya, Alex Abbad, Sheila Kusnadi, Venly Arauna dan Ustadzah Shofwatunnida.

Diarahkan oleh Jay Sukmo dan ditulis oleh Utiuts, filem ini juga diterbitkan oleh Robert Ronny serta Prima Taufik, dengan Andi Boediman sebagai penerbit eksekutif.

Filem ini juga merupakan hasil kerjasama produksi Indonesia–Malaysia bersama Astro Shaw, dan turut disokong oleh Netzme, KMIF, WOW Multinet Pictures, serta Virtuelines Entertainment.

Saksikan ‘Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?’ yang kini di pawagam seluruh Malaysia.

Filem ini mengangkat spiritualiti wanita dalam menghadapi ujian kehidupan, selain menjadi pelukan hangat buat ibu tunggal dan anak-anak yang membesar dalam dinamika keluarga berpecah.

Melalui perspektif seorang wanita, filem ini meneroka sisi rapuh dan kekuatan seorang ibu tunggal.

Watak Sarah (Revalina S. Temat) digambarkan sebagai seorang wanita yang perlu belajar untuk memaafkan, bertahan dan berserah melalui doa apabila kehidupan tidak menawarkan pilihan yang mudah.

Anda mungkin berminat dengan

MU BAJU PAGODA T-SHIRT 406#/PAGODA T-SHIRT BUTTON 402#/PAGODA SINGLET 401#/PAGODA ZIP POCKET HAJI 408#/CHUNG KAI

MU BAJU PAGODA T-SHIRT 406#/PAGODA T-SHIRT BUTTON 402#/PAGODA SINGLET 401#/PAGODA ZIP POCKET HAJI 408#/CHUNG KAI

💕Linyufeng💕 Tunic Blouse Women Outfit Korean Style Student White Blue Classy ironless Ladies Slim Waist Pleated Long Bell Sleeve Shirt Baju Kemeja Putih Biru Perempuan Wanita Terkini Murah Cantik Raya 2026

💕Linyufeng💕 Tunic Blouse Women Outfit Korean Style Student White Blue Classy ironless Ladies Slim Waist Pleated Long Bell Sleeve Shirt Baju Kemeja Putih Biru Perempuan Wanita Terkini Murah Cantik Raya 2026

Baju Pagoda Eagle King T-Shirt Inner Cotton/ Berpoket Berzip/ Singlet Round Neck Plain

Baju Pagoda Eagle King T-Shirt Inner Cotton/ Berpoket Berzip/ Singlet Round Neck Plain

Seluar Bootcut Women Trousers Long Palazo New Fashion Female Loose Casual Pants

Seluar Bootcut Women Trousers Long Palazo New Fashion Female Loose Casual Pants

[S - 7XL]TSHIRT DEWASA LELAKI DAN PEREMPUAN BORONG MURAH !!!! 1.50-4.70 PALING CANTIK

[S - 7XL]TSHIRT DEWASA LELAKI DAN PEREMPUAN BORONG MURAH !!!! 1.50-4.70 PALING CANTIK

ELGINI E16209 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Women’s Straight-Cut Pants

ELGINI E16209 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Women’s Straight-Cut Pants

Must Watch Video

Advertisement