Skip to main content

Hiburan

Bayangkan Kena Redah Hutan, Memandu Tanpa Jalan Yang Sempurna Sejauh 300KM, Anda Berani Tak?

Bayangkan Kena Redah Hutan, Memandu Tanpa Jalan Yang Sempurna Sejauh 300KM, Anda Berani Tak?

Sekilas

  • Sukan rali berbeza dengan perlumbaan litar kerana ia berlangsung di laluan sebenar dan memerlukan kerjasama rapat antara pemandu dan jurunavigasi.
  • Malaysia pernah mencipta sejarah apabila Karamjit Singh memenangi FIA Production World Rally Championship pada 2002.
  • Filem Terbang yang diinspirasikan daripada dunia rali akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada September ini.
Advertisement

Apabila bercakap mengenai sukan permotoran, kebanyakan rakyat Malaysia lebih mengenali Formula Satu (F1) atau MotoGP.

Namun, masih ramai yang kurang tahu tentang sukan rali, walaupun Malaysia pernah melahirkan juara dunia dalam disiplin tersebut.

Advertisement

Berbeza dengan perlumbaan litar, rali merupakan sukan permotoran yang berlangsung di laluan sebenar seperti jalan berbatu kerikil, laluan hutan, gunung, tanah merah, salji dan asfalt bergantung kepada lokasi pertandingan.

Lebih mencabar, setiap pelumba tidak berlumba secara serentak seperti F1, sebaliknya dilepaskan seorang demi seorang untuk mencatat masa terpantas di setiap laluan khas atau special stage.

Keunikan sukan itu juga terletak pada kerjasama erat antara pemandu dan jurunavigasi (co-driver).

Sepanjang perlumbaan, jurunavigasi akan membaca pace notes atau catatan laluan bagi memaklumkan selekoh, bukit, jambatan serta pelbagai halangan yang bakal ditempuhi, sekali gus membantu pemandu membuat keputusan dalam hanya beberapa saat.

Kesilapan kecil sama ada daripada pemandu mahupun jurunavigasi boleh menyebabkan kemalangan atau kehilangan masa yang berharga.

Tidak seperti perlumbaan litar yang menggunakan trek sama setiap pusingan, laluan rali sentiasa berubah dan dipengaruhi faktor cuaca serta keadaan permukaan jalan.

Keadaan itu menjadikan setiap perlumbaan lebih sukar kerana pelumba perlu menyesuaikan teknik pemanduan mengikut permukaan jalan yang licin, berdebu atau dipenuhi batu kerikil.

Selain kemahiran mengawal jentera pada kelajuan tinggi, sukan rali turut menguji ketahanan fizikal, fokus mental serta keupayaan membuat keputusan dalam keadaan tekanan tinggi.

Sekadar info, Malaysia pernah mencipta sejarah menerusi sukan tersebut apabila Karamjit Singh muncul juara FIA Production World Rally Championship (PWRC) pada 2002, menjadikannya antara pencapaian terbesar dalam sejarah sukan permotoran negara.

Legasi pelumba legenda itu kini diangkat ke layar perak menerusi filem Terbang arahan Chiu Keng Guan yang diinspirasikan daripada dunia rali.

Selain menyajikan aksi perlumbaan mendebarkan, filem tersebut turut mengetengahkan pengorbanan, semangat juang serta cabaran yang perlu ditempuhi seorang pelumba untuk mengejar impian mengharumkan nama negara di pentas dunia.

Filem terbitan Astro Shaw ini dibarisi pelakon hebat seperti Jack Tan, Zizan Razak, Nam Ron, Diana Danielle dan Qasrina Karim.

Terbang dijangka menemui penonton di pawagam seluruh negara pada September ini.

Anda mungkin berminat dengan

Scuderia Ferrari Caven 2.0 Sneakers Unisex in White/Rosso Corsa by PUMA, UK 10

Scuderia Ferrari Caven 2.0 Sneakers Unisex in White/Rosso Corsa by PUMA, UK 10

FENTY x PUMA AVANTI LS Sneakers Unisex in Pale Plum/Alpine Snow, UK 5

FENTY x PUMA AVANTI LS Sneakers Unisex in Pale Plum/Alpine Snow, UK 5

Must Watch Video

Advertisement