Penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari sempat melayari alam rumah tangga selama 11 tahun dengan bintang Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair.
Rumah tangga mereka ‘terpisah’ selepas Ashraf meninggal dunia pada usia 40 tahun di tanggal 18 Februari 2020.
Advertisement
Meski sudah kembali melayari rumah tangga baharu, Bunga atau mesra digelar BCL tetap tidak pernah melupakan Ashraf.
Lima tahun terpisah, BCL yang berkongsi seorang anak lelaki bersama Ashraf iaitu Noah tetap mengenang bekas suaminya dengan hangat.
Terkini, BCL hadir ke kubur dan ‘meraikan’ ulang tahun ke-40 (mengikut usia terakhir Ashraf) bersama Noah pada 18 September 2025.
Pada ruangan kapsyen. BCL dilihat menulis: "Forever 40. Happy birthday in heaven (selamat ulang tahun di syurga).”
Pelantun lagu Sunny itu juga mengatakan meski Ashraf sudah meninggal dunia, kehangatan dan sifat baik lelaki itu sentiasa berada dalam kenangan.
"Semoga ada perayaan indah di sana," tulisnya lagi yang akan mengadakan konsert BCL: Eternal Love Timeless Romance, di Plenary Hall Kuala Lumpur, 27 September ini.