DJ Nathalie Holsher memberi perkembangan terkini tentang kesihatannya selepas sebulan melakukan pembedahan bariatrik di sebuah hospital di Pulau Pinang.
Bekas isteri Sule itu mengaku berpuas hati dengan penurunan berat badannya selepas melakukan pembedahan potong usus itu.
Advertisement
“Sudah turun lapan kilogram. Alhamdulillah saya puas hati kerana baru sebulan buat bariatrik,” katanya seperti dilaporkan Kompas.
Menurut Nathalie salah satu faktor yang membuat dia nekad melakukan pembedahan tersebut kerana sering dibuli dan menerima body shaming.
“Saya potong usus kerana selalu dibuli. Ada yang kata badan saya macam badak air.
“Jadi ia bukan hanya tentang menjaga penampilan tapi ‘melawan’ ejekan ‘ibu-ibu’ di Facebook,” akuinya lagi.
Pasca pembedahan, Nathalie sangat berdisplin menjaga kesihatan termasuk diet.
“Pada awal selepas pembedahan, saya hanya mengambil makanan lembut seperti bubur dan hanya minum susu.
“Tapi kini sudah boleh makan nasi atau makanan keras,” ceritanya lagi.