Skip to main content

Hiburan

Belum Ada Peluang Untuk Berjumpa, Dai Fuad Akui ‘Takut’ Nak Borak Dengan Khir Rahman Sebab…

Dai Fuad

Sekilas

  • Dai Fuad mengakui belum pernah berjumpa atau berbual dengan Khir Rahman walaupun sering disamakan dan digambarkan sebagai anaknya oleh peminat.
  • Pelakon drama Kudrat 1986 itu mengakui rasa gementar dan takut untuk berborak dengan Khir Rahman walaupun berminat untuk berkenalan.
  • Host podcast Ashrapp menjelaskan Khir Rahman seorang yang mudah mesra dan tidak akan membuatkan orang rasa kekok ketika berjumpa dengannya.
Advertisement

Kerap kali disamakan dengan Khir Rahman, pelakon Dai Fuad mengakui dia belum diberi peluang untuk bertemu dengan aktor hebat itu. 

 

Advertisement

Menerusi temu bual di podcast Ashhrapp Chanel, Dai Fuad turut menyedari ramai peminat yang menyunting foto dia dengan Khir Rahman sebagai bapa dan anak. 

 

“Sejujurnya saya tak pernah dapat peluang untuk borak, malah untuk berjumpa. Sejak akhir-akhir orang banyak samakan. 

Advertisement

 

“Siap ada yang edit letak saya ini anak Khir Rahman… jadi anak sulung dia,” kongsinya. 

 

Bagaimanapun pelakon drama siri Kudrat 1986: High Council itu mengakui dia berasa gementar dan bimbang untuk berborak dengan Khir Rahman. 

 

“Saya jadi tertarik nak berborak dengan Khir Rahman… tapi saya takut,” katanya. 

 

Dalam pada itu, host yang mengendali podcast iaitu Ashrapp memberitahu Khir seorang yang mudah mesra dan tidak akan membuatkan orang lain berasa kekok dengannya. 

 

“Itu adalah perasaan yang normal untuk berjumpa dengan seorang Khir Rahman. Kita memang akan rasa takut, nak borak apa. 

 

“Tapi he was so welcoming. Kau takkan rasa kekok, tak rasa tak tahu la nak cakap apa dengan abang Khir Rahman,” kata Ashrapp. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

Must Watch Video

Advertisement