Skip to main content

Selebriti

Berdepan Cabaran Ketahanan Tenaga, Beto Kusyairy Puji Komitmen Team Gayong 2 - “Kita Dah Bagi Lebih 100 Peratus…”

Beto Gayong 2

Sekilas

  • Beto Kusyairy kongsi cabaran utama dalam filem Gayong 2 adalah ketahanan tenaga selepas penggambaran bahagian pertama yang memenatkan.
  • Walaupun penat, semua pelakon dan kru bekerja erat seperti keluarga demi hasil terbaik dalam filem ini.
  • Gayong 2 kini ditayangkan di pawagam sejak 9 April dengan barisan pelakon hebat seperti Nabila Huda dan Syafie Naswip.

Pelakon, Beto Kusyairy mengakui cabaran utama yang dihadapi sepanjang menjayakan filem Gayong 2 adalah dari segi ketahanan tenaga.

Menurut Beto, selepas selesai penggambaran bahagian pertama, mereka hanya mempunyai tempoh rehat yang singkat sebelum kembali ke set bagi menyambung sekuel berkenaan.

“Cabaran paling utama adalah tenaga sebab kita dah penat shooting yang bahagian pertama di serata Malaysia dan kemudian berehat untuk beberapa hari sebelum sambung Gayong 2 terus.

“Jadi bukan pelakon sahaja, seluruh tenaga kerja agak penat tapi masing-masing bekerja sebagai keluarga.

“Masing-masing dah sepakat untuk menjadikan karya ini yang terbaik dan dah cuba sehabis baik, jadi apa sekali pun rintangan kita lalui sama-sama,” katanya ketika ditemui Gempak.

Sementara itu, mengulas mengenai tahap kepuasan terhadap hasil kerja mereka di Gayong 2, Beto berkata sebagai manusia, perasaan tidak pernah cukup itu sentiasa ada.

Namun, dia bersyukur kerana semua pihak yang terlibat telah memberikan komitmen sepenuhnya terhadap filem berkenaan.

“Kalau nak ikut kepuasan itu… ialah manusia tidak pernah puas kan. Tetapi alhamdulillah apa yang saya boleh katakan kita dah bagi lebih daripada seratus peratus.

“Lebih daripada apa yang kita mampu dan selebihnya , itu sudah bukan tanggungjawab kami lagi,” ujarnya.

Selain Beto, antara barisan pelakon hebat tanah air yang terlibat dalam filem Gayong 2 ini adalah, Nabila Huda, Syafie Naswip, Azizul Ammar, Sandra Lim, Rabbit Chen, Hanna Aqeela, Fauzie Laily, Bobby Tonelli dan ramai lagi.

Gayong 2 kini ditayangkan di pawagam sejak 9 April lalu.

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Must Watch Video

Advertisement