Skip to main content

Hiburan

Beto Kusyairy Kongsi ‘Journey’ Disebalik Babak Kereta Api Dalam Good Boys Go To Heaven - “Jenuh Woi Nak Menunggu…”

Good Boys Go To Heaven

Sekilas

  • Beto Kusyairy berkongsi cabaran besar produksi Good Boys Go To Heaven ketika merakam babak melibatkan kereta api yang penuh simbolisme dan memerlukan kesabaran tinggi.
  • Proses penggambaran babak kereta api melibatkan jadual ketat dan koordinasi rapi untuk memastikan setiap shot berjaya dirakam dengan sempurna.
  • Drama ini tamat selepas lapan episod, namun peminat boleh menantikan dua episod bonus eksklusif yang akan disiarkan di Astro Go dan aplikasi Sooka.
Advertisement

Pelakon, Beto Kusyairy berkongsi antara cabaran yang perlu dilalui pihak produksi adalah ketika mahu menjayakan babak melibatkan kereta api dalam drama premium Astro Originals terbitan Astro Shaw iaitu Good Boys Go To Heaven.

Menerusi Threads, Beto memaklumkan bahawa hampir kesemua babak memaparkan kereta api bukan sekadar visual tetapi turu membawa simbol tersendiri yang cuba disampaikan melalui drama tersebut.

Advertisement

Dalam masa yang sama, pemilik nama Nur Kusyairy Zakuan Osman ini mengakui bahawa proses untuk merakam babak tersebut memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.

“Perasankan kebanyakan shot ada train. Ianya simbolism. Jenuh woi nak menunggu.

“Ada (shooting) siang, ada malam pulak tu. Kena check jadual kereta api dan tugaskan kiri di kiri dan kanan sejauh beberapa kilometr untuk inform kami supaya standby bila train dah sampai,” kongsinya.

Perkongsian Beto itu sekali gus memberi gambaran lebih jelas mengenai komitmen dan usaha yang dicurahkan oleh pasukan produksi dalam memastikan setiap babak kereta api tersebut berjaya dirakam dengan sempurna.

Sebelum ini, Gempak melaporkan ramai netizen yang meluahkan rasa kagum terhadap produksi Good Boys Go To Heaven yang begitu teliti dalam menghasilkan babak melibatkan kereta api dalam drama tersebut.

Pada minggu lalu, Good Boys Go To Heaven berjaya menamatkan perjalanan lapan episodnya dengan satu pengakhiran yang meninggalkan impak buat penonton.

Walau bagaimanapun, perjalanan drama ini masih belum benar-benar berakhir. Peminat bakal dihadiahkan dengan dua episod bonus yang akan melengkapkan keseluruhan kisah di sebalik tragedi Kuala Makar.

Bonus Episod 9 berjudul “My Name is Ahyan Yasser” dijangka memberi fokus kepada kisah Ahyan sendiri, manakala Bonus Episod 10 bertajuk “The Story That Needed To Be Told” pula bakal membawa penonton menyelami sisi cerita yang masih belum didedahkan sepenuhnya.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan dua episod bonus hanya di Astro Go dan aplikasi Sooka.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

Must Watch Video

Advertisement