Skip to main content

Hiburan

Big Stage Rocketfuel: Adam Nazmie Pecah Rekod! Akim Ahmad Bagi Markah Paling Tinggi

Adam Nazmie berjaya memperoleh markah sebanyak 85 peratus daripada Akim Ahmad menerusi lagu Da Bomb nyanyian Ruffedge.

Sekilas

  • Adam Nazmie berjaya memecah rekod dengan markah tertinggi 85% daripada juri Akim Ahmad menerusi lagu Da Bomb nyanyian Ruffedge.
  • Persembahan Adam & Nazmie turut mendapat pujian daripada Hael Husaini dan Akim Ahmad walaupun ada beberapa kesilapan kecil.
  • Big Stage X Rocketfuel menampilkan 11 peserta yang berentap untuk memenangi kontrak pembangunan artis bernilai sehingga RM200,000, disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria.
Advertisement

Bintang Big Stage Rocketfuel (BSR), Adam Nazmie berjaya memecah rekod apabila mendapat markah paling tinggi daripada juri tetap, Akim Ahmad.

Adam Nazmie berjaya memperoleh markah sebanyak 85 peratus daripada Akim Ahmad menerusi lagu Da Bomb nyanyian Ruffedge.

Advertisement

Menurut Akim, meskipun mempunyai beberapa kesalahan namun persembahan mereka masih lagi hebat ditambah dengan duet bersama juara Big Stage musim pertama, Sarah Suhairi.

“Saya daripada awal sebutan jelas, tambah Sarah Suhairi, ada masalah sikit-sikit tapi itu dimaafkan sebab satu persembahan yang sangat-sagat compact,” kata Akim

Sementara itu, Hael Husaini turut memuji persembahan mereka yang penuh dengan kejutan.

“Persembahan minggu ini better dari minggu lepas, tambahan pula bantuan dari Sarah Suhairi, saya kena bagi kredit. Ia tak henti-henti nak bagi kami kejutan tapi kena hati-hati sebab lagu ini besar jadi ia akan nampak sedikit messy tapi tidak banyak,” komen Hael Husaini.

Sepanjang lapan minggu pertandingan, para peserta bakal berentap dengan tiga pemenang utama bakal menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 secara keseluruhan.

Seramai 11 peserta bakal bersaing pada musim ini terdiri daripada Sufie Rose, Qilo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-z, Ranisha, Danial Kifli, Sabrina, Hussain serta duo Adam & Nazmie.

Hadiah itu merangkumi penghasilan single dan video muzik, latihan vokal, pembangunan imej, sokongan pemasaran serta bimbingan kerjaya secara profesional.

Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva, jangan lupa untuk saksikan Big Stage X Rocketfuel setiap hari Ahad pada jam 9 malam di Astro Ria serta strim episod penuh menerusi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement