Skip to main content

Selebriti

Big Stage Rocketfuel: “Betul, Saya Memang Kedekut” - Ada Sebab Akim Ahmad Tegas Tentang Markah

Akim Ahmaf juri tegas

Sekilas

  • Akim Ahmad, juri Big Stage Rocketfuel, tegas dalam memberi markah berdasarkan kualiti persembahan dan cabaran yang gagal dilaksanakan dengan baik.
  • Persembahan minggu kedua dengan lagu berentak pantas menjadi cabaran besar untuk peserta menguji potensi sebenar mereka.
  • Big Stage X Rocketfuel menampilkan 11 peserta dan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria serta platform Astro GO dan Sooka.
Advertisement

Juri tetap Big Stage Rocketfuel (BSR), Akim Ahmad mengakui dirinya seorang yang tegas dalam memberikan markah kepada para peserta, terutama apabila mereka gagal melaksanakan cabaran yang ditetapkan dengan baik.

Menurut Akim, markah yang diberikan adalah berdasarkan kualiti persembahan dan bukan bertujuan untuk menjatuhkan semangat mereka.

Advertisement

“Betul memang kedekut sebenarnya minggu ini adalah cabaran, jadi bila cabaran tu mereka tak dapat nak execute dengan baik, saya rasa limit atau pun treshole yang perlu saya bagi dalam pemarkahan itu adalah itu yang selayaknya untuk masing-masing.

“Jadi saya harap ini bukanlah satu benda yang boleh menjatuhkan motivasi mereka malahan itu sebenarnya memberikan satu pengajaran dan input untuk mereka perbaiki apa yang kekurangan yang mereka ada,” jelasnya.



Dalam pada itu, mengulas mengenai persembahan minggu kedua, Akim menyifatkan tema yang menampilkan lagu-lagu berentak pantas iaitu Amplyfi sebagai satu cabaran besar bagi para bintang untuk menguji kemampuan sebenar mereka.

“Persembahan di minggu kedua ini saya merasakan itu cabaran untuk semua bintang memandangkan lagu-lagunya semua agak laju.

“Lagu-lagu ini sebenarnya nak melihat sejauh mana potensi mereka semua bila menyanyikan lagu berentak ‘fast’.

“Ada kelemahan yang perlu diperbaiki, saya rasa ini satu tindakan yang bijak daripada pihak produksi sebab kalau tak ada cabaran begini, mungkin mereka akan selesa dengan kebiasaan masing-masing.

“Banyak benda yang perlu diperbaiki oleh mereka, saya rasa minggu hadapan lagu-lagu banyak menunjukkan kekuatan masing-masing.

“Saya tak sabar sebenarnya nak tunggu minggu depan, mahu lihat bagaimana mereka membawa lagu yang mungkin mereka tak pernah dengar.

“Tetapi lagu-lagu itu semua berlandaskan genre atau pun forte masing-masing. Jadi saya harap yang terbaiklah untuk mereka,” ujarnya.

Seramai 11 peserta yang bersaing pada musim ini terdiri daripada Sufie Rose, Qilo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-z, Ranisha, Danial Kifli, Sabrina, duo Adam & Nazmie serta finalis TTMM2 iaitu Hussain yang dipilih menerusi ‘Exclusive Spot’.

Hadiah itu merangkumi penghasilan single dan video muzik, latihan vokal, pembangunan imej, sokongan pemasaran serta bimbingan kerjaya secara profesional.

Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva, jangan lupa untuk saksikan Big Stage X Rocketfuel setiap hari Ahad pada jam 9 malam di Astro Ria serta strim episod penuh menerusi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement