Skip to main content

Hiburan

Big Stage Rocketfuel Recap: Permintaan OT8 Tak Terlaksana! Aliff Kimiey & Qilo Perlu Pulang, Semak Komen Minggu Separuh Akhir

Big Stage Rocketfuel Recap: Permintaan OT8 Tak Terlaksana! Aliff Kimiey & Qilo Perlu Pulang, Semak Komen Minggu Separuh Akhir

Sekilas

  • Aliff Kimiey dan Qilo gagal mara ke pentas akhir Big Stage Rocketfuel, masing-masing menduduki tempat ketujuh dan kelapan.
  • Danial Kifli berjaya mendapatkan U Mobile Priority Pass dan terus layak ke pentas akhir selepas menunjukkan peningkatan persembahan.
  • Yad-Z, Adam Nazmie, dan Ranisha kekal di tiga teratas dengan persembahan yang mendapat pujian juri minggu ini.
Advertisement

Meskipun sudah memberikan persembahan yang terbaik, Aliff Kimiey dan Qilo gagal menempatkan diri mereka di pentas akhir Big Stage Rocketfuel (BSR). 

Bertemakan Analog to Ultra, Aliff Kimiey dan Qilo hanya berpuas hati dengan kedudukan mereka di tempat ketujuh dan lapan. 

Sementara itu, Danial Kifli mampu meluahkan rasa syukur apabila berjaya mendapatkan U Mobile Priority Pass sekaligus terus melayakkan dirinya ke pentas akhir. 

Menunjukkan peningkatan cemerlang minggu ini, Yad-Z terus berada ditangga tiga teratas bersama Adam Nazmie dan Ranisha. 

Berikut merupakan recap dan komen juri bagi kesemua peserta di minggu separuh akhie Big Stage X Rocketfuel:

Aliff Kimiey: Joget Kelantan By Datuk Nora Ariffin 

Akim Ahmad: Satu pembukaan yang sangat-sangat baik dari awak, siapa cakap awak tak boleh menari. Tapi itulah sepanjang berapa minggu awak punya peningkatan hari ini awak tunjukkan yang awak selesa atas pentas. Ada sikit dekat bahagian depan tapi lepas chorus awak berjaya bawak balik lagu ni. Awak nyanyi dalam tempat yang betul, tahniah untuk persembahan ini. 

Aisha Retno: Memey makanan awak. Awak dah bersedia nak jadi superstar ke? 


Qilo: Joget Kenangan Manis By Dato Sudirman Hj Arshad 

Aisha Retno: Saya hargai penukaran genre anda, awak kena menari on beats. Bukan mencacatkan tapi kena cantikkan tarian itu. Projection anda sangat cantik untuk lagu-lagu macam ni. Kena jaga pitch, lenggok kena belajar sebab ada sedikit kasar. Tapi sejujurnya not bad. 


Yad-Z: Fatwa Pujangga By Dato Aishah 

Hael Husaini: Taniah untuk persembahan malam ini, akhirnya awak faham nyanyi tak perlu melebih-lebih. Apa yang awak nyanyi ini sampai kepada penonton. Setiap bait-bait lirik yang awak sampai saya doakan sampai untuk ibu awak. Lama awak simpan senjata awak. 

Akim Ahmad: Ini maksud saya, bukan saya tak suka awak RNB tapi ini jiwa awak sebenarnya 
 

Advertisement

Hussain: Cindai By Dato Sri Siti Nurhaliza 

Akim Ahmad: Persembahan Hussain sangat-sangat menghiburkan. Adalah sikit-sikit tapi saya tak nak tegur, saya perlu cari kualiti nyanyian yang ada dalam bintang ktia. Awak ada kualiti tone yang bagus. Jumpa di finale. 

Danny: Umpan Jinak Di Air Tenang By Dato’ Ahmad Jais  

Aisha Retno: Sudah tujuh minggu di sini, sudah nampak kematangan awak di sini. Air nyanyian awak sangat baik. Kalau boleh penambahbaikan kena ada eye contact dengan dancer. Semoga lepas pertandingan harap cepat ada single . 

Kalau sudi nak saya tuliskan lagu joget atau zapin. 


Ranisha: Ngajat Tampi By Noraniza Idris 

Hael Husaini: Awak adalah seorang peserta yang sentiasa tahu apa yang awak nak lakukan. Saya rasa awak dah sedia untuk keluar di sana. Saya harap bila dah keluar nanti awak tahu macam mana nak susun kerjaya awak. 


Danial Kifli: Nurlela By Haziq Rosebi 

Akim Ahmad: Hari ni awak buktikan yang kami salah. Tahniah. Saya nak ucapakan terima kasih kepada tenaga pengajar yang membantu awak. Ini adalah persembahan terbaik yang awak dah bagi. Tone awak dah sesuai untuk jadi recording artis dan juga star.                                                                                                                           


Adam Nazmie: Satu By Tan Sri Sm Salim & Dato Zainalabidin 

Aisha Retno: Saya tak nak komen, nak bagi pantun je. Semuanya sangat baik dari segi kreativiti. Suara sangat sedap, projection-nya bagus, memang makanan awak berdua lagu-lagu begini.                                                                                                              
 

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement