Skip to main content

Hiburan

Bil Sarapan Dibayar Individu Tidak Dikenali, Pelancong Asing Ini Kagum Dengan Sifat Pemurah Rakyat Malaysia - “Orang Di Sini Sangat Baik…”

Astro Gempak 258

Sekilas

  • Seorang pelancong asing kagum dengan sikap ramah dan kepercayaan rakyat Malaysia sepanjang pengalamannya di Kuala Lumpur.
  • Peniaga di kedai elektronik menawarkan harga tanpa memeriksa barangan, menunjukkan kepercayaan tinggi terhadap pelanggan.
  • Pelancong itu juga terkejut apabila bil sarapannya dibayar secara diam-diam oleh orang yang baru dikenali tanpa pengetahuannya.

Seorang pelancong asing meluahkan rasa kagum terhadap sikap rakyat Malaysia selepas mengalami sendiri layanan baik ketika berada di ibu negara.

Menerusi perkongsian di media sosialnya @jackmarriott88, pelancong tersebut mengakui dia terkejut dengan pengalaman yang dilalui sepanjang berada di Kuala Lumpur, terutama sikap ramah dan kepercayaan yang ditunjukkan oleh penduduk tempatan.

“Sejujurnya saya benar-benar terkejut dengan Kuala Lumpur setakat ini. Saya selalu cakap, sesuatu tempat itu sebenarnya ditentukan oleh orangnya.

“Setakat ini orang di sini sangat luar biasa,” katanya.

Menurutnya, pengalaman tersebut bermula apabila dia cuba menjual peralatan muzik miliknya di sebuah kedai elektronik.

Walaupun barangan tersebut bernilai sekitar £70 (RM420), peniaga di kedai berkenaan terus menawarkan £40 (RM240) tanpa memeriksa barangan itu terlebih dahulu.

“Mereka tidak pun cuba menghidupkannya untuk lihat sama ada ia berfungsi atau tidak.

“Mereka juga tidak periksa sama ada ia palsu atau sebaliknya. Mereka hanya percaya dan terus membuat tawaran,” ujarnya.

Tambah pelancong itu lagi, dia turut berpeluang menikmati sarapan di sebuah kedai makan tempatan selepas melihat ramai orang berkumpul di situ pada waktu pagi.

Katanya, dia terpaksa berkongsi meja dengan beberapa pelanggan lain kerana kedai tersebut penuh, sebelum mereka berbual mengenai pelbagai perkara termasuk sejarah dan hubungan antara negara.

Namun apa yang paling mengejutkannya adalah apabila bil makanannya telah dibayar oleh individu yang baru dikenalinya itu tanpa pengetahuannya.

“Saya pergi untuk membayar dan mereka beritahu bil saya sudah dibayar.

“Mereka langsung tidak beritahu saya. Mereka hanya bayar secara diam-diam dan pergi begitu sahaja,” katanya.

Menurutnya, pengalaman tersebut sangat jarang berlaku dan kali terakhir dia mengalaminya adalah ketika berada di Mexico.

“Sejujurnya saya tidak ingat kali terakhir perkara seperti ini berlaku. Saya rasa ia tidak pernah berlaku ketika saya berada di Thailand.

“Orang di sini sangat baik dan luar biasa,” katanya.

Pelancong itu turut memuji suasana Kuala Lumpur yang menurutnya moden, bersih dan dipenuhi masyarakat yang menghormati antara satu sama lain.

“Saya tidak ada apa-apa perkara buruk untuk dikatakan mengenai tempat ini.

“Masyarakat di sini sangat menghormati dan saya sangat menyukainya,” ujarnya.

 

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

Jordan Club Hat

Jordan Club Hat

Nike Brasilia Training Duffel Bag

Nike Brasilia Training Duffel Bag

Nike Dri-FIT Club

Nike Dri-FIT Club

HETCH V3 Pro Hyper-Clean Handheld Dust Mite Bed Vacuum Cleaner & Mop Vakum Dan Mop HVC-1416-HC

HETCH V3 Pro Hyper-Clean Handheld Dust Mite Bed Vacuum Cleaner & Mop Vakum Dan Mop HVC-1416-HC

DOSEN Universal Adapter Travel International 35W USB C Adapter Fast Charger QC 3.0 Charger Type C Plug

DOSEN Universal Adapter Travel International 35W USB C Adapter Fast Charger QC 3.0 Charger Type C Plug

Nike Sportswear Futura

Nike Sportswear Futura

Must-Watch Video

Advertisement