Skip to main content

Hiburan

Bille Eilish Cerita Cuba Kawal Cakap Berulang & ‘Berbunyi’ Secara Tiba-Tiba kerana Sindrom Tourette

Astrogempak Billie

Sekilas

  • Billie Eilish berkongsi tentang penghidapannya Sindrom Tourette dalam podcast Amy Poehler’s Good Hang.
  • Dia sering berdepan cabaran mengawal pergerakan dan bunyi yang tidak terkawal terutama semasa temu bual dan rakaman kamera.
  • Eilish menegaskan bahawa tingkah laku tersebut sering disalah faham oleh orang ramai, dan dia berusaha keras untuk mengawal simptomnya secara konsisten.

Bintang Billie Eilish mungkin dipuja peminatnya di seluruh dunia. Meski menjadi figura yang popular dengan kehidupan yang diimpikan ramai orang, ternyata penyanyi tersebut juga memiliki kekurangan.

Eilish dałam temu bual podcast Amy Poehler’s Good Hang epizod kelima baru-baru ini berbicara tentang masalah Sindrom Tourette yang dihidapinya. Sindrom Tourette merupakan gangguan sistem saraf (neurologi) yang menyebabkan seseorang melakukan pergerakan otot atau mengeluarkan bunyi secara tiba-tiba, berulang-ulang dan tidak terkawal.

Dan sebagai seorang artis yang sering menjadi tumpuan termasuk menghadiri pelbagai temu bual, Eilish mengaku dia sering berdepan detik sukar untuk mengawal masalah tersebut, namun tetap perlu mengawalnya sebaik mungkin.


“Saya akan melakukan semua yang boleh untuk memastikan Sindrom Tourette saya dapat dikawal secara konsisten, terutama sewaktu temu bual. Dan sebaik sahaja saya selesai bekerja, saya ‘lepaskan’ mereka,” ujar Eilish seperti dilaporkan Poeple.

Menurut Eilish antara tingkah laku yang sering dilakukan secara berulang adalah membuat bunyi-bunyian dan bercakap secara lantang meski dia berusaha keras untuk mengawal perbuatan tersebut yang sering disalah anggap sebagai kurang sensitif.

“Konsep penyakit ini juga sering disalah erti seperti mengeluarkan bunyi-bunyian secara berulang sebagai menganggu. Saya selalu ditanya ‘anda okay’? Jujurnya untuk saya ia sangat normal.

“Tapi apabila orang melihat saya tidak ‘diserang’, mereka kata saya hanya berpura-pura. Kadang-kadang saya tidak bercakap tetapi otat lain seperti lutut, tangan dan siku saya melakukan pergerakan berulang di luar kawalan,” katanya lagi.

Situasi paling sukar buat Eilish adalah mengawal tindakan-tindakan tersebut sewaktu dirakam kamera.

“Saya akan melakukan semuanya untuk memastikan tiada siapa yang perasan ‘pergelutan’ saya kerana saya tahu tidak ramai yang memiliki pengetahuan tentang Sindrom Tourette ini. Dan ini sangat menyedihkan,” katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

Advertisement