Skip to main content

Hiburan

Bimbang Athalia Dituduh ‘Penyondol’, Sharifah Zarina Beranikan Diri Beri Amaran Kepada Lelaki Berstatus Suami - “Dia Ajak Pergi Karaoke…”

Sharifah Zarina

Sekilas

  • Sharifah Zarina dedah gangguan seorang lelaki berstatus suami orang terhadap anaknya, Athalia, yang cuba diajak keluar berdua-duaan ke pusat karaoke.
  • Zarina pilih untuk dedahkan perkara ini di Threads supaya gangguan tersebut berhenti tanpa mengaibkan mana-mana pihak.
  • Selepas pendedahan itu, Zarina sahkan tiada lagi gangguan diterima selama lebih sebulan dan mendapat sokongan warganet.

Pelakon dan penyanyi Sharifah Zarina menegaskan pendedahannya mengenai individu yang menganggu anaknya, Athalia sebelum ini bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak sebaliknya mahu gangguan tersebut dihentikan. 

 

Menurut Zarina, pada awalnya terfikir untuk menghubungi atau menghantar mesej peribadi kepada individu terbabit, namun membatalkan hasrat tersebut kerana bimbang mesej berkenaan dibaca oleh pihak lain, termasuk isteri lelaki tersebut.

 

“Individu ni dia bukan pelakon, dia bukan penyanyi pun. Tapi dia adalah keluarga kepada selebriti di Malaysia ni la. Tujuan saya bukan nak aibkan dia.

 

“Saya post pun dekat Threads, bukan IG… saya nak gangguan ini berhenti. Mula-mula ada terfikir nak DM atau call dia terus tapi saya bimbang dia ada bersama isteri dia ke. 

 

“Kalau saya DM, tak tahu siapa yang akan baca, siapa boleh akses telefon dia. Jadi, saya beranikan diri untuk tulis dan tujuan saya memang nak dia berhenti. 

 

“Saya rasa ini la cara berkesan sebab saya tahu media pun akan ambil perkongsian saya untuk dijadikan artikel dan dia akan baca. Alhamdulillah, dah lebih sebulan tiada gangguan daripada dia,” katanya kepada Gempak. 

 

Zarina mendedahkan dia mengambil keputusan untuk bersuara selepas anaknya memberitahu lelaki tersebut mengajak Athalia keluar berdua-duaan ke pusat karaoke.

 

“Dia follow Athalia di Instagram, tapi benda itu perkara biasa sebab saya pun kenal keluarga dia dan begitu juga dia. Mula-mula rajin reply IG, lepas itu mula puji Athalia. 

 

“Lepas itu, dia sampai buat video call… ingatkan keluarga dia yang video call. Tapi rupanya dia nak ajak Athalia keluar berdua… pergi karaoke.

 

“Athalia terus beritahu saya sebab dia takut nanti orang tuduh dia pula yang menyondol. Jadi, saya kena fikirkan sesuatu macam mana cara terbaik sebab saya kesian dengan keluarga yang tak tahu dan tak syak apa-apa,” katanya. 

 

Sebelum ini, Zarina mendedahkan anaknya, Athalia, diganggu oleh seorang lelaki berstatus suami orang yang kerap membalas komen di Instastory dengan alasan bertanya khabar.

 

Lelaki tersebut didakwa mempelawa Athalia keluar berdua-duaan tanpa anak dan isteri, walaupun dia seorang suami kepada selebriti terkenal.

 

Sharifah Zarina tampil menegur lelaki itu secara terbuka di media sosial untuk hentikan gangguan dan mendapat sokongan warganet sebagai ibu yang prihatin.

 

Anda mungkin berminat dengan

Ready Stock Butt Lifter Slimming High Waist Girdle Corset Long Shaper Girdle Pants Plus Size Girdle Shapewear Bengkung

Ready Stock Butt Lifter Slimming High Waist Girdle Corset Long Shaper Girdle Pants Plus Size Girdle Shapewear Bengkung

👩‍❤️‍👨new sweatshirt long sleeveT-shirt

👩‍❤️‍👨new sweatshirt long sleeveT-shirt

MSIA Ready Stock/ Clown Curly Wig Hair Cosplay Golden Full Wig Hair Halloween Explosive Wig Fashion Rambut Palsu Meletup

MSIA Ready Stock/ Clown Curly Wig Hair Cosplay Golden Full Wig Hair Halloween Explosive Wig Fashion Rambut Palsu Meletup

[WONDERNAIL] Totoro and Friends Set

[WONDERNAIL] Totoro and Friends Set

TIME PHORIA-Lunara Frost 3D Plump 24H Moisture Intstant Shine Nourishing Serum Lip Balm Lip Care

TIME PHORIA-Lunara Frost 3D Plump 24H Moisture Intstant Shine Nourishing Serum Lip Balm Lip Care

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

Must Watch Video

Advertisement