Skip to main content

Hollywood

Bintang Beef, Charles Melton Bakal Hidupkan Naruto

Bintang Beef, Charles Melton Bakal Hidupkan Naruto

Sekilas

  • Charles Melton sedang dalam rundingan untuk memegang watak Kakashi Hatake dalam filem live-action Naruto arahan Destin Daniel Cretton.
  • Proses pemilihan pelakon untuk watak utama seperti Naruto, Sasuke, dan Sakura telah bermula sejak bulan lalu.
  • Filem ini diterbitkan oleh Arad Productions dan Hisako, dengan Cretton yang terkenal menerusi Spider-Man: Brand New Day sebagai pengarah dan penerbit bersama.
Advertisement

Charles Melton dilaporkan kini dalam rundingan rapat untuk melakonkan watak ikonik Kakashi Hatake dalam filem live-action Naruto arahan Destin Daniel Cretton, menurut laporan Variety.

Perkembangan ini hadir ketika peminat sebelum ini hangat berspekulasi  Melton bakal diumumkan sebagai sebahagian daripada barisan pelakon filem X-Men pada acara D23 baru-baru ini.

Advertisement

Sementara itu, proses pencarian pelakon untuk filem live-action Naruto dilaporkan telah bermula sejak bulan lalu bagi mencari pelakon yang sesuai untuk menghidupkan watak Naruto, Sasuke dan Sakura.

Manga serta siri anime popular tersebut mengisahkan Naruto Uzumaki, seorang ninja muda yang bercita-cita untuk menjadi pelindung serta pemimpin kampungnya. Bagaimanapun Naruto juga menyimpan roh seekor rubah syaitan berekor sembilan di dalam tubuhnya.

Kisah ini mula disiarkan secara bersiri dalam majalah popular Jepun, Weekly Shonen Jump dari tahun 1999 hingga 2014. Kejayaan manga tersebut kemudiannya melahirkan beberapa siri animasi popular yang ditayangkan selama bertahun-tahun di Cartoon Network dan Disney XD.

Melton sebelum ini menerima pencalonan Emmy menerusi lakonannya dalam musim kedua siri Netflix Beef, bergandingan dengan Oscar Isaac, Carey Mulligan dan Cailee Spaeny. Dia turut mendapat pujian menerusi filem May December arahan Todd Haynes yang ditayangkan pada 2023.

Selain itu, Melton turut dikenali menerusi lakonannya dalam Her Private Hell, Warfare dan siri popular Riverdale.

Bagi Cretton pula, pengarah itu kini berada di kemuncak kerjaya selepas kejayaan besar Spider-Man: Brand New Day, yang dilaporkan telah meraih lebih AS$800 juta di peringkat domestik dan menjadi filem terpantas mencapai angka tersebut.

Cretton memulakan kerjaya dalam dunia filem indie menerusi Short Term 12 pada 2013, yang menampilkan Brie Larson, LaKeith Stanfield, Rami Malek dan Kaitlyn Dever. Dia kemudiannya mengarahkan The Glass Castle dan Just Mercy, sebelum beralih ke produksi berskala besar menerusi filem Marvel Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings pada 2021.

Filem Naruto bakal diterbitkan oleh Avi Arad, Ari Arad dan Emmy Yu menerusi Arad Productions bersama Jeremy Latcham. Cretton turut bertindak sebagai penerbit bersama Jeyun Munford menerusi syarikat produksinya, Hisako.

Menariknya, ini bukanlah percubaan pertama untuk membawa Naruto ke layar perak. Pada 2014, projek filem Naruto pernah dibangunkan dengan Michael Gracey sebagai pengarah, namun ia tidak diteruskan.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

Must Watch Video

Advertisement