Skip to main content

Hiburan

“Yang Paling Bahaya Bukan Musuh, Tapi…” - Zara Zya

Zara Zya

Sekilas

  • Zara Zya berkongsi pandangan di Threads tentang individu yang suka menyampaikan cerita dari satu pihak ke pihak lain yang dianggapnya lebih berbahaya kerana sukar dijangka.
  • Pelakon itu menegaskan golongan penyampai cerita ini datang dengan senyuman dan bercakap seolah-olah ikhlas walhal hanya menyebarkan cerita tanpa bukti.
  • Wargamaya turut bersetuju dengan kenyataan Zara mengenai sikap golongan yang mudah menyebarkan cerita berdasarkan dengar cakap sahaja.
Advertisement

Hantaran pelakon Zara Zya di Threads mengenai individu yang gemar menyampaikan cerita dari satu pihak kepada pihak lain mengundang perhatian wargamaya.

 

Advertisement

Menerusi perkongsian tersebut, Zara menyifatkan golongan berkenaan sebagai lebih berbahaya kerana sukar dijangka.

 

“Yang paling bahaya, bukan musuh… tapi si penyampai. Musuh yang nyata, kita tahu nak berjaga-jaga. Tapi si penyampai... datang dengan senyuman.

 

“Bercakap seolah-olah paling ikhlas. Hakikatnya... dia sedang mengutip cerita dari satu mulut, lalu dihantar ke mulut yang lain,” katanya.

 

Tambah Zara, individu sebegitu juga tidak semestinya memerlukan bukti untuk menyampaikan sesuatu cerita.

 

“Orang macam ni, tak perlukan bukti. Cukup dengan ‘aku dengar…’,” katanya lagi.

 

Rata-rata wargamaya turut bersetuju dengan kenyataan pelakon drama Sekali Lagi Bahagia itu.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement