Skip to main content

Kpop

Bintang Blue Tower, Lee Yong Joo Meninggal Dunia Kerana Serangan Jantung

Bintang Blue Tower, Lee Yong Joo Meninggal Dunia Kerana Serangan Jantung

Sekilas

  • Aktor Lee Yong Joo, terkenal dengan watak dalam sitkom Blue Tower, meninggal dunia pada usia 44 tahun akibat serangan jantung pada 29 Ogos 2026.
  • Berita kematiannya hanya diketahui melalui sumber terdekat kerana telefon bimbitnya tidak dapat diakses, dan keluarga meminta agar berita ini dikongsikan.
  • Lee Yong Joo memulakan kerjaya sebagai model sebelum menjadi pelakon dalam beberapa drama popular seperti The Silly Young-ae dan Let's Eat, dengan upacara pemakaman dijadualkan pada 31 Ogos.
Advertisement

Aktor Lee Yong Joo yang cukup terkenal dengan wataknya dalam sitkom Blue Tower dilaporkan meninggal dunia kerana serangan jantung.

Berita duka tersebut diketahui melalui perkongsian sumber terdekatnya di media sosial. Dalam kenyataan tersebut, Yoog Joo diumumkan telah meninggal dunia pada usia 44 tahun, 29 Ogos 2026.

Advertisement

“Saya masih tidak percaya Lee Yong Joo telah meninggal dunia. Dia telah membawa banyak keceriaan dan kenangan manis dalam Blue Tower.

“Pemergiannya kerana serangan jantung sangat mengejutkan,” ujar kenyataan tersebut seperti dilaporkan The Chosun Daily.

Menurut kenyataan itu lagi, berita kematian mendiang tidak dapat disebar luaskan oleh keluarga terutama kepada seluruh peminat dan pihak yang mengenalinya kerana telefon bimbit aktor itu tidak dapat diakses.

“Telefon dia tidak dapat diakses kerana menggunakan kata kunci yang tidak diketahui. Keluarga meminta agar berita kematiannya dikongsikan,” katanya.

Yong Joo memulai karier dalam bidang hiburan menerusi dunia peragaan sebelum menjadi aktor. Antara naskhah lakonannya yang rerkenal termasuklah The Silly Young-ae, Let's Eat, Bad Detective, B-type Boyfriend dan Multi-cell Girl.

Upacara pemakaman mendiang dijadual berlangsung pada 31 Ogos.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Must Watch Video

Advertisement