Skip to main content

Hollywood

Bintang Grey’s Anatomy, Eric Dane a.k.a Dr Mark Sloan Meninggal Dunia

Astro Gempak grey

Sekilas

  • Aktor Eric Dane, terkenal dengan watak Dr Mark Sloan dalam Grey’s Anatomy, meninggal dunia pada usia 53 tahun selepas berjuang dengan penyakit ALS.
  • Dane aktif memberi kesedaran tentang ALS sejak diagnosisnya dan meninggal dunia pada 19 Februari 2025 ditemani keluarga dan sahabat.
  • Selain Grey’s Anatomy, Eric Dane juga membintangi beberapa filem popular seperti Marley & Me dan Valentine’s Day.
Advertisement

Aktor Eric Dane yang cukup terkenal dengan watak Dr Mark Sloan atau McSteamy dalam siri Grey’s Anatomy dilaporkan meningga dunia.

Dane meninggal pada usia 53 tahun, hanya sekitar selepas 10 bulan mengumumkan didiagnos penyakit ALS) atau Lou Gehrig yang merupakan penyakit saraf degeneratif progresif yang memusnahkan neuron motor di otak dan saraf tunjang.

Advertisement

Bintang yang aktif memberi kesedaran penyakit tersebut selepas didiagnos ALS meninggal dunia pada 19 Februari 2025 dengan tenang, lapor People.

“Dengan berat hati kami ingin mengumumkan Eric Dane telah meninggal dunia selepas berjuang melawan penyakit ALS.

“Dane telah menghabiskan hari-hari terakhir ditemani isteri, dua anak perempuan, Billie dan Georgia serta sahabat  baik.

“Sepanjang menderita ALS, Dane juga telah aktif dalam berkongsi sekaligus memberi kesedaran tentang penyakit ini.

“Dia akan terus dirindui,” tulis kenyataan daripada pihak keluarga.

Pada  masa sama, keluarga juga meminta diberikan ruang privasi dalam waktu sukar ini.

Ironi, Dane hanya muncul pada musim kedua siri kedoktoran tersebut namun karakternya digemari sehingga diangkat menjadi antara watak utama pada edisi selepas itu.

Selain siri Grey’ s Anatomy, Dane juga membintangi beberapa filem seperti  Marley & Me, Valentine’s Day, Burlesque, American Carnage dan Bad Boys: Ride or Die.

Anda mungkin berminat dengan

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Must Watch Video

Advertisement