Skip to main content

Hiburan

Bintang Terkenal China, Yu Menglong Maut Jatuh Bangunan

Yu Menglong

Aktor dan penyanyi terkenal China, Yu Menglong maut selepas terjatuh daripada bangunan. Bintang itu meninggal dunia pada usia 37 tahun.

Kematian tragis bintang yang terkenal menerusi Go Princess Go dan Eternal Love itu disahkan oleh agensinya di platform Weibo, lapor Global Times.

Advertisement

“Dengan duka yang sangat mendalam kami mengumumkan kesayangan kami, Yu Menglong telah meninggal dunia pada 11 September 2025.

“Pihak polis menolak kemungkinan berlaku jenayah. Semoga dia tenang di sana,” tulis kenyataan tersebut.

Sementara itu AsiaOne melaporkan khabar kematian Menglong pertama kali disebarkan oleh paparazi di Weibo.

Lelaki itu dikatakan jatuh daripada bangunan tinggi di Beijing. Menurut sumber, Menglong berkumpul dengan teman-temannya di rumah seorang kawan sehari sebelum kematiannya.

Dia kemudian masuk ke bilik sekitar pukul 2 pagi dan mengunci pintu.

“Apabila rakannya mencari dia di bilik, Menglong telah tiada. Waktu itu sekitar pukul 6 pagi.

“Mereka kemudian menyedari mayat Menglong sudah berada di bawah bangunan selepas seorang penduduk yang berjalan bersama anjing menemui mangsa lalu menghubungi polis,” tulis kenyataan tersebut.

Berita itu bagaimanapun sudah dihapuskan dan punca kematiannya kini dalam siasatan.

Menglong pertama kali meraih populariti selepas mengikuti program nyanyian My Show dan Happy Boys sebelum mengembangkan sayap sebagai pelakon sekitar tahun 2014.

Must-Watch Video

Advertisement