Skip to main content

Antarabangsa

Bintang Thailand Dinobat Tercantik Dunia 2026, Scarlett Johansson Di Tangga Ke-9

Bintang Thailand Dinobat Tercantik Dunia 2026, Scarlett Johansson Di Tangga Ke-9

Sekilas

  • Lingling Kwong dinobatkan sebagai Wanita Paling Cantik Dunia 2026 oleh Netizens Choice Magazine selepas menerima lebih 22 juta undian.
  • Pelakon drama The Secret of Us itu juga meraih gelaran Thailand’s Most Beautiful Actress 2026 dengan lebih 10 juta undian.
  • Lingling adalah selebriti pertama yang menang dua gelaran utama dalam satu tahun, manakala rakan lakonannya, Orm Kornnaphat, turut mendapat tempat tinggi dalam undian.
Advertisement

Bintang Thai-China, Lingling Kwong, secara rasmi dinobatkan sebagai wanita paling cantik di dunia 2026 versi Netizens Choice Magazine, baru-baru ini.

Sekurang-kurangnya 22 juta peminat dari seluruh dunia telah mengundi pelakon berusia 31 tahun itu yang mula mencipta nama menerusi drama girls’ love (GL), The Secret of Us (2024) sekaligus menjadikannya menduduki tangga teratas dalam undian Most Beautiful Woman Alive 2026, lapor 8days.sg.

Advertisement

Undian sebanyak 22 juta itu juga meninggalkan pencabar terdekatnya jauh di belakang.Tempat kedua menjadi milik pelakon Turkiye, Sıla Türkoğlu yang meraih 18.5 juta undian, manakala rakan senegaranya, Yağmur Yüksel, berada di tempat ketiga.

Gandingan Lingling dalam The Secret of Us, Orm Kornnaphat, turut mencuri perhatian apabila menduduki tempat keempat dunia dengan lebih 11 juta undian.

Antara nama popular lain yang menghuni senarai 10 teratas termasuk bintang China, Bai Lu dan Dilraba Dilmurat, masing-masing di kedudukan keenam dan ketujuh. Bintang Hollywood, Scarlett Johansson, pula berada di tempat kesembilan.

Seolah-olah satu gelaran masih belum cukup, Lingling turut dinobatkan sebagai Thailand’s Most Beautiful Actress 2026 selepas meraih lebih 10 juta undian.
Orm sekali lagi membuktikan popularitinya apabila menduduki tempat kedua dalam kategori sama.

Menurut penganjur, Lingling merupakan selebriti pertama dalam sejarah undian tersebut yang berjaya meraih dua gelaran utama dalam tahun yang sama.

Untuk rekod, wanita dilahirkan dan dibesarkan di Hong Kong sebelum berpindah ke Thailand ketika berusia 17 tahun bagi melanjutkan pengajian. Kerjaya lakonan pada awalnya bukanlah sebahagian daripada perancangannya. Lingling pernah mendedahkan  dia secara tidak sengaja terjebak dalam industri hiburan selepas menyertai sebuah pertandingan kecantikan kecil, sedangkan ketika itu langsung tidak mempunyai pengalaman berlakon.

Namun, peluang besar akhirnya hadir menerusi The Secret of Us. Drama berkenaan melonjakkan nama Lingling dan Orm ke persada populariti, sekali gus menjadikan mereka antara pasangan lakonan paling mendapat perhatian di Thailand.

Anda mungkin berminat dengan

Eucerin Spotless Brightening Cleansing Foam 50g/150g | Brighten & Cleanse | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Cleansing Foam 50g/150g | Brighten & Cleanse | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Bulu LS + Bracelet Gelang Gila-Gila Simple Love

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Bulu LS + Bracelet Gelang Gila-Gila Simple Love

[READY STOCK] 7PCS Cotton Panties Women Antibacterial Mid Waist Underwear Seluar Dalam Wanita Ladies Breathable Briefs

[READY STOCK] 7PCS Cotton Panties Women Antibacterial Mid Waist Underwear Seluar Dalam Wanita Ladies Breathable Briefs

Torriden Dive-In Soothing Cream

Torriden Dive-In Soothing Cream

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Plastic Garbage Bag HDPE Rubbish Bag (S)(M)(L)(XL) Plastik Beg Sampah (S)(M)(L)(XL) 垃圾袋 (100% Virgin Grade Raw Material)

Plastic Garbage Bag HDPE Rubbish Bag (S)(M)(L)(XL) Plastik Beg Sampah (S)(M)(L)(XL) 垃圾袋 (100% Virgin Grade Raw Material)

Must Watch Video

Advertisement