Skip to main content

Hollywood

Biopik Michael Jackson Dikritik Sudah ‘Dicuci’, Lakonan Jaafar Dipuji

Astro Gempak michael

Sekilas

  • Filem biopik Michael Jackson mula ditayangkan pada 24 April 2026 dan menerima kritikan negatif daripada para pengkritik filem.
  • Filem ini dikritik kerana tidak menyentuh skandal seks yang pernah melibatkan Michael Jackson dan dianggap memaparkan versi yang lebih baik daripada kisah sebenar.
  • Walaupun filem kurang mendapat sambutan, Jaafar Jackson yang membawa watak Michael menerima pujian atas lakonannya yang berkesan.
Advertisement

Filem biopik Michael Jackson mula ditayangkan di seluruh dunia pada 24 April 2026. Bukan menerima pujian, sebaliknya kebanyakan reviu mengenai filem Raja Pop dunia itu dikritik oleh para pengkritik filem.

Rotten Tomatoes malah memberikan hanya 35 peratus atau dua daripada lima bintang kepada filem tersebut manakala ramai pengkritik lain turut menyifatkan Michael Jackson dilahirkan dalam ketidak telusan terutama soal skandal yang melingkari kehidupan beliau sebelum ini.

Advertisement

BBC pula melaporkan ada dalam kalangan pengkritik melabel biopik tersebut telah ‘dicuci’ dengan versi yang lebih baik terutama pada kehidupan peribadi.

Biopik itu mengangkat kisah perjalanan Michael bersama Jackson 5 sebelum menakluk dunia secara solo menerusi bakat luar biasa yang dimilikinya.

Namun filem tersebut langsung tidak menyentuh tentang skandal seks yang menjadikan kisah hidupnya ‘panas’.

Advertisement

The Hollywood Reporter mengatakan Michael Jackson hanya membawa cerita baik dan penerimaan peminat terhadap karya-karyanya yang menemani hidup mereka.

Telegraph pula menulis biopik itu menolak menampilkan kisah sebenar yang disimpan dalam ‘peti’.

Meski keseluruhan filem itu disifatkan tidak mencapai sasaran, Jaafar Jackson yang membawakan watak figuna ikonik dunia itu menerima pujian pada penampilan.

Jaafar merupakan anak kepada abang Michael iaitu Jermaine Jackson menerima pujian meluas kerana berjaya menghidupkan watak bapa saudaranya dengan berkesan.

Anda mungkin berminat dengan

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

Must Watch Video

Advertisement