Penyanyi, Azzam Sham menzahirkan rasa kurang senang dengan komen negatif yang diterima selepas membuat promosi single terbaharunya berjudul Penantian Luka.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Azzam meluahkan kekesalan apabila ruangan komen di YouTube penuh dengan kata-kata berbaur kebencian sehingga membuatkan dirinya terkilan.
Advertisement
“Pergi promo kat live + talk to my manager malam tadi untuk #PenantianLuka. Everything went well.
“Cuma Azzam tak faham bila buka tengok balik kat YouTube comment penuh la dengan kebencian.
“Kadang-kadang pelik dengan bangsa sendiri yang mudah ‘claim’ bangsa penuh beradab tapi bila dalam media sosial langsung tak cerminkan bangsa,” tulisnya.
Lebih mengejutkan, penyanyi berusia 28 tahun itu turut menggelar segelintir individu yang meninggalkan komen berunsur kebencian sebagai ‘bangsa munafik’.
“Lepas tu korang la yang terpaling #Kitabencibuli. Terima kasih, bangsa munafik,” katanya.