Skip to main content

Selebriti

Bukan Hanya Berlakon & Menyanyi, Rupanya Aqasha Pernah Jadi Penata Audio Filem Mamat Khalid - “Cuma Tak Letak Nama Sendiri Kecuali…”

Aqasha Mamat Khalid

Sekilas

  • Aqasha mendedahkan dia pernah terlibat dalam kerja tata audio untuk beberapa filem arahan Allahyarham Mamat Khalid, walaupun tidak menggunakan namanya dalam kredit filem kecuali 'Rock Bro'.
  • Aqasha menjelaskan pengalaman seni yang dimilikinya bukan sahaja dalam lakonan dan nyanyian, tetapi juga dalam bidang audio di belakang tabir.
  • Perkongsian Aqasha ini menarik perhatian ramai yang tidak menyangka beliau mempunyai kepakaran luas dalam dunia seni selain berlakon.
Advertisement

Pelakon, Aqasha mempunyai hubungan kerja yang cukup istimewa dengan pengarah tersohor, Allahyarham Mamat Khalid yang mungkin tidak diketahui ramai.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Aqasha mendedahkan dia pernah terlibat dalam kerja-kerja tata audio bagi beberapa filem arahan Mamat Khalid.

Advertisement

Menurut Aqasha, sumbangannya itu dilakukan di belakang tabir dan kebanyakan tidak menggunakan namanya sendiri pada kredit filem.

“Aku pasti ramai tak tahu aku ada relationship yang unik dengan arwah abang Mamat Khalid.

“Beberapa filem beliau telah ditata audionya oleh aku. Yours truly. Cuma aku tak letak nama sendiri kecuali filem ‘Rock Bro’,” kongsinya.

Dalam masa sama, Aqasha juga menjelaskan pengalaman yang dimilikinya dalam dunia seni tidak terhad kepada bidang lakonan dan nyanyian semata-mata.

“Ini barang. Satu Malaysia tak tahu. Deme ingat aku ni berlakon dan nyanyi aje. Tidak, sebab itu aku tak segan silu menggunakan gelar ‘anak seni’.

“Aku dah pusing keliling. Dari depan ke belakang kamera. A complete circle,” jelasnya.

Perkongsian tersebut ternyata mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya tidak menyangka Aqasha mempunyai kepakaran dalam bidang audio selain berlakon.

Anda mungkin berminat dengan

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Must Watch Video

Advertisement