Skip to main content

Hiburan

Bukan Peserta Program Dakwah, Dai Fuad Kongsi Kisah Disebalik Nama - “Bila Masuk Sekolah Asrama Ini…”

Dai Fuad

Sekilas

  • Dai Fuad menjelaskan nama 'Dai' bukan merujuk kepada program dakwah, sebaliknya ia adalah nama panggilan dari zaman sekolah asramanya.
  • Nama panggilan itu diberikan kerana terdapat empat pelajar bernama Fuad, dan rakan-rakannya memilih untuk memanggilnya 'Dai' bagi memudahkan panggilan.
  • Nama 'Dai' juga diambil daripada tempat tinggalnya di Skudai, Johor, yang diubah oleh rakan sekolah sebagai nama panggilan.
Advertisement

Pelakon Dai Fuad tampil menjelaskan menjelaskan salah faham dalam kalangan segelintir netizen yang beranggapan dia merupakan bekas peserta program dakwah. 

 

Advertisement

Dai Fuad berkata ‘Dai’ bukan bermaksud dia dari program tersebut sebaliknya ia merupakan nama panggilannya ketika berada di sekolah berasrama. 

 

“Sebenarnya nama Dai ini dulu tak ada masalah sebab program Da’i itu belum ada lagi. Saya ini budak sekolah asrama. Nama sebenar saya yang Fuad itu memang betul. 

Advertisement

 

“Bila masuk sekolah asrama ini, budak-budak asrama kreatif sikit dari segi nak minta tolong. Nak minta tolong, nak panggil nama kebetulan ada empat orang nama Fuad. 

 

“Bila panggil, empat-empat pandang. Tiga orang Fuad itu semua senior. Jadi bila nak minta tolong saya, diorang nak mudah, diorang bagi nama saya Dai,” kongsinya. 

 

Dai Fuad berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu di podcast Ashhrapp Chanel, baru-baru ini. 

 

Dalam pada itu, Dai Fuad turut menjelaskan nama panggilan tersebut dicipta oleh rakan sekolahnya sempena tempat tinggalnya di Skudai, Johor. 

 

“Budak-budak sekolah asrama ni dia kreatif, sangat-sangat kreatif. Jadi benda paling senang dia orang akan ambil untuk kasi nickname adalah tempat tinggal. 

 

“Saya dari Skudai, Johor. Jadi, dia ambillah daripada Skudai tu dia tukar Dai,” jelasnya lagi. 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement