Skip to main content

Hiburan

"Bukan Sebab Tak Lapar..." - Duit Poket Habis, Aqila Terpaksa ‘Ikat Perut’ Demi Teruskan Pengajian

"Bukan Sebab Tak Lapar..." - Duit Poket Habis, Aqila Terpaksa ‘Ikat Perut’ Demi Teruskan Pengajian

Sekilas

  • Aqila Nabaha Khairul Azhar, pelajar tahun empat UniSZA, bekerja sambilan sebagai penyampai radio untuk menampung keperluan harian ketika menghadapi kekangan kewangan.
  • Walaupun menghadapi kesukaran kewangan, Aqila tetap bertekad meneruskan pengajian demi mengejar impian dan memperbaiki nasib keluarganya.
  • Aqila juga aktif dalam Majlis Perwakilan Pelajar dan menerima bantuan makanan melalui Program Santun Pelajar Mekdi yang membantu pelajar kekurangan makanan meneruskan pengajian.
Advertisement

Pernah melalui fasa terpaksa ‘ikat perut’ apabila wang elaun belum diterima dan duit poket sudah habis, pelajar tahun keempat Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Aqila Nabaha Khairul Azhar tetap memilih untuk meneruskan pengajian demi mengejar impian.

Mengikuti pengajian Ijazah Komunikasi Bahasa Inggeris, Aqila mengambil inisiatif bekerja sambilan sebagai penyampai radio Pesona FM di kampus bagi memperoleh pendapatan tambahan untuk menampung keperluan hariannya.

 

 “Ada masa kita kena ikat perut bukan sebab tak lapar. Duit elaun tak masuk lagi, duit poket pun dah habis.

“Saya nak pergi cari kerja, saya nak cari duit. Sekurang-kurangnya saya tak perlu tahan lapar,” katanya.

Namun, Aqila sedar kesukaran tersebut tidak boleh menjadi alasan untuk mengorbankan masa depannya sehingga membuatkan dia terus bertahan dalam pengajian.

“Saya kena kejar impian saya.

“Saya nak ubah nasib keluarga saya. Saya kena ubah nasib kehidupan saya,” ujarnya.

Advertisement
DSFG


Selain menjalani kehidupan sebagai pelajar, Aqila turut aktif sebagai Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Dalam masa sama, Aqila merupakan antara pelajar yang menerima bantuan hidangan menerusi Program Santun Pelajar Mekdi hasil kerjasama McDonald’s Malaysia dan UniSZA.

Program Santun Pelajar Mekdi diwujudkan bagi membantu pelajar yang memerlukan melalui penyediaan hidangan supaya kekangan untuk mendapatkan makanan tidak menjadi penghalang kepada mereka meneruskan pengajian dan mengejar cita-cita.

 

Anda mungkin berminat dengan

[Flower Series] MIROREE Camelle Women Comfort Flat Sandals Kasut Selesa Lightweight

[Flower Series] MIROREE Camelle Women Comfort Flat Sandals Kasut Selesa Lightweight

(Refine by Lovito) Elegant Top Button Spring/summer Top for Women LR29L068 (Refine by Lovito) Elegant Top Button Musim Bunga/musim Panas untuk Wanita LR29L068

(Refine by Lovito) Elegant Top Button Spring/summer Top for Women LR29L068 (Refine by Lovito) Elegant Top Button Musim Bunga/musim Panas untuk Wanita LR29L068

Men Women Winter Inner Wear Warm Silk Wool Thick Thermal Long Johns Light Double Layer Velvet男女羊毛保暖衣

Men Women Winter Inner Wear Warm Silk Wool Thick Thermal Long Johns Light Double Layer Velvet男女羊毛保暖衣

Byford ( 2 Pieces ) Seluar Boxer Lelaki | Byford Underwear 100% Cotton Knit Boxers Assorted Colours - BUD5023X

Byford ( 2 Pieces ) Seluar Boxer Lelaki | Byford Underwear 100% Cotton Knit Boxers Assorted Colours - BUD5023X

KINGDAFA Ethnic Style Ice Silk Men Underwear Plus Size L-6XL Breathable Cool Feeling Boxer Lelaki Seluar Dalam Lelaki Spender Lelaki 男生内裤 内裤男 男生内裤 冰丝内裤

KINGDAFA Ethnic Style Ice Silk Men Underwear Plus Size L-6XL Breathable Cool Feeling Boxer Lelaki Seluar Dalam Lelaki Spender Lelaki 男生内裤 内裤男 男生内裤 冰丝内裤

HEUS Geige Sandals (Ready Stock)

HEUS Geige Sandals (Ready Stock)

Must Watch Video

Advertisement