Skip to main content

Selebriti

Bukan Sekadar Jalan Cerita, Mira Filzah Antara Faktor Zahiril Adzim Terima Drama ‘Aku Pilih Pelangi’ - “Akhirnya Kami Berpeluang Berlakon Bersama”

Zahiril berlakon dengan Mira Filzah

Sekilas

  • Zahiril Adzim terima tawaran berlakon dalam drama ‘Aku Pilih Pelangi’ kerana ingin bekerjasama dengan Mira Filzah yang sudah lama dikaguminya.
  • Drama ini mengangkat kisah unik tentang penyakit mata genetik yang jarang berlaku, memberikan pengalaman baru kepada Zahiril dalam lakonan.
  • Siri 12 episod ini boleh distrim di Viu dan mengisahkan cabaran perkahwinan serta tekanan emosi apabila Firdaus hilang penglihatan dan Nayla mengambil alih tanggungjawab keluarga.

Pelakon, Zahiril Adzim mengakui dia menerima tawaran untuk berlakon dalam drama terbaharu berjudul ‘Aku Pilih Pelangi’ adalah disebabkan rakan gandingannya iaitu Mira Filzah.

Menurut Zahiril, peluang tersebut sudah lama dinantikan memandangkan dia mengagumi bakat lakonan Mira yang disifatkan mampu memberi impak besar di layar.

“Antara sebab saya bersetuju untuk terlibat dalam naskhah ini adalah kerana pasangan lakonan saya, Mira Filzah, yang memang sudah lama saya ingin bekerjasama dengannya.

“Malah sebelum ini kami pernah berbual bahawa kami tidak pernah digandingkan dalam satu projek dan berharap kami berpeluang untuk bekerja bersama. Alhamdulillah, akhirnya dapat.

“Mira seorang pelakon yang tahu bagaimana untuk mengambil apa yang saya berikan, dan dia juga tahu apa yang ingin diberikan.

“Contohnya dari segi dialog, sekiranya ada ad-lib, untuk memastikan keserasian kami nampak outstanding di layar.

“Dia seorang pelakon yang faham apa yang saya lakukan dan pada masa sama tahu apa yang perlu diberikan,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Zahiril turut mendedahkan bahawa jalan cerita drama tersebut juga antara penyebab dia berminat untuk membawakan watak Firdaus.

Jelas Zahiril, ‘Aku Pilih Pelangi’ menawarkan sesuatu yang baharu buat dirinya terutama apabila melibatkan penyakit mata genetik yang jarang berlaku.

“Selain itu, naskhah ini juga mempunyai jalan cerita yang agak baharu untuk saya, iaitu berkaitan penyakit mata yang jarang berlaku.

“Jika saya tidak menerima tawaran ini, mungkin saya sendiri tidak mengetahui tentang penyakit genetik tersebut.

“Pada saya, itu satu perkara yang menarik dan dalam masa sama kita dapat mendidik penonton mengenai penyakit tersebut.

“Ini merupakan kali kedua saya membawakan watak sebagai individu yang sakit, tetapi itulah, orang kata asalkan saya berlakon sahaja, mesti sakit,” ujarnya berseloroh.

Selain Zahiril dan Mira, siri 12 episod ini juga turut dibintangi oleh Noki K-Clique.

‘Aku Pilih Pelangi’ boleh distrim di aplikasi Viu, setiap hari Khamis dan Jumaat.

Diterbitkan oleh Global Film Station dan arahan Riza Baharudin, siri ini melangkaui kisah romantik dengan mengangkat realiti sebuah perkahwinan yang diuji apabila berlaku perubahan besar dalam kehidupan, serta tekanan emosi di dalam perhubungan.

Siri ini mengisahkan Firdaus (Zahiril Adzim), seorang arkitek yang hilang penglihatan akibat penyakit jarang berlaku, hingga isterinya Nayla (Mira Filzah) terpaksa mengambil alih tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Dalam usaha membantu Firdaus menyesuaikan diri, Nayla memasang tali panduan di rumah, namun tekanan emosi semakin membebankannya.

Dalam keletihan itu, Nayla menemui ketenangan bersama rakan lama, Iskandar (Noki K-Clique), yang kehadirannya mula menguji kesetiaan. Pada masa sama, Firdaus menyedari perubahan dalam hubungan mereka. Naskhah ini mengangkat tema cinta, tanggungjawab dan dilema pilihan hidup.

Anda mungkin berminat dengan

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Must-Watch Video

Advertisement