Sekilas
- Alif Satar menegaskan dia tidak setuju dengan kandungan yang merendahkan mana-mana negara atau individu.
- Beliau percaya rakyat Malaysia harus saling menghormati walaupun berbeza pandangan.
- Alif mengharapkan kepercayaan yang terjejas dapat dipulihkan melalui tindakan nyata, bukan sekadar permohonan maaf.
Selebriti versatil, Alif Satar mengakui tidak bersetuju dengan sebarang kandungan yang dilihat merendahkan mana-mana negara atau individu.
Menurut Alif, sebagai rakyat Malaysia, dia percaya perbezaan pandangan tidak seharusnya menjadi alasan untuk seseorang merendahkan pihak lain.
“Sebagai rakyat Malaysia, saya percaya yang negara kita dan rakyat mesti dihormati. Prinsip saya, memang tidak pernah bersetuju dengan kandungan yang merendahkan mana-mana negara atau sesiapa pun,” katanya.
Dalam pada itu, pelantun lagu Jangan Nakal itu turut mengambil maklum mengenai permohonan maaf yang dibuat oleh pihak jenama produk kecantikan berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan di media sosial sekarang.
Bagaimanapun, Alif berpandangan bahawa kepercayaan yang terjejas perlu dipulihkan menerusi tindakan yang jelas dan bukan sekadar kata-kata.
“Saya ambil maklum permohonan maaf pihak Kahf. Namun, kepercayaan perlu dipulihkan dengan tindakan yang jelas.Aliff berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik, matang dan penuh rasa hormat.
“Saya percaya, dalam apa juga keadaan, kita boleh berbeza pandangan tanpa perlu merendahkan sesiapa,” ujarnya.