Skip to main content

Hiburan

Bukan Sekadar Prop & ‘Scene’ Sedih, Buku Kisah Teladan & Kebenaran Papa Zola Memang Wujud… Dijual Dengan Harga RM29.90

Papa Zola The Movie

Sekilas

  • Papa Zola The Movie bukan sahaja hiburan animasi, malah penuh dengan momen menyentuh hati yang dekat dengan realiti kehidupan.
  • Buku ‘Kisah Teladan & Kebenaran’ yang muncul dalam filem ini benar-benar wujud dan mengandungi tiga cerita utama sesuai untuk kanak-kanak dan keluarga.
  • Stok pertama buku ini sudah habis dijual dan ia boleh didapati di kedai buku terpilih serta platform dalam talian seperti Shopee dan TikTok Shop pada harga RM29.90.

Papa Zola The Movie bukan sahaja menyajikan hiburan animasi buat penonton sebaliknya ia sarat dengan momen menyentuh hati yang begitu dekat dengan realiti kehidupan.

Antara babak yang paling memberi kesan ialah di mana Papa Zola menjual buku demi menyara keluarga, sekali gus mengundang rasa sebak dalam kalangan penonton.

Membawa tagline ‘Papa cerita, Mama tulis, Pipi lukis’, buku itu sangat selari dengan kekeluargaan yang menjadi teras kepada Papa Zola The Movie.

Namun, pasti ramai yang tak sangka bahawa buku yang bertajuk ‘Kisah Teladan & Kebenaran’ bukan sekadar prop atau rekaan untuk melengkapkan jalan cerita tetapi ia benar-benar wujud dan boleh didapati di pasaran.

Buku ini menghimpunkan tiga cerita utama iaitu Papa Itik Yang Hodoh, Pipi Riding Hood dan Buaya Diperdaya dengan setiap kisah disampaikan dengan gaya santai sesuai untuk bacaan kanak-kanak dan seisi keluarga.

Lebih membanggakan, stok batch pertama buku ini dilaporkan telah habis terjual dan kini dalam perancangan untuk direstok dalam masa terdekat.

Untuk yang berminat, buku ini boleh didapati di kedai buku terpilih seperti Popular, SMO dan MPH pada harga RM29.90.

Bukan itu sahaja, buku ini turut dijual secara dalam talian menerusi platform Shopee dan TikTok Shop bagi memudahkan peminat membuat pembelian.

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement