Skip to main content

Muzik

Bukan Tak Nak ‘Join’ MAY Kembali, Muss Barbarik Kini Lebih Hati-Hati Soal Kerjaya - “Pada Usia Sekarang, Saya Dah…”

Muss may

Sekilas

  • Muss kini lebih matang dalam membuat keputusan kerjaya seni dan terbuka untuk kembali bersama kumpulan lama, MAY, jika ia berbaloi dan sesuai dengan perancangan mereka.
  • Fokus Muss kini berbeza berbanding dulu, dengan komitmen lain dan tidak mahu sekadar ikut kehendak peminat tanpa pertimbangan serius.
  • Muss menafikan sebarang masalah dengan anggota MAY dan akan bergabung dengan kumpulan Barbarik dalam Konsert Black On White bersama Cromok pada 27 Jun ini.

Penyanyi rock legenda, Muss memaklumkan dirinya kini lebih matang dalam membuat sebarang keputusan membabitkan kerjaya seni.

Menurut Muss atau nama sebenarnya Mustaffa Din, 58, perkara itu termasuklah permintaan peminat untuk melihat dia kembali bergabung dengan kumpulan lamanya iaitu MAY.

"Saya tidak pernah tutup pintu untuk kembali bekerjasama dengan mereka. Tapi saya nak tengok dulu perancangan mereka macam mana.

“Kalau betul-betul berbaloi untuk saya lakukan pada usia sekarang, saya akan pertimbangkan.

"Saya tidak mahu buat sesuatu yang sekadar biasa-biasa. Kalau dulu mungkin saya boleh buat benda pada tahap tujuh atau lapan, sekarang saya mahu buat sesuatu yang bernilai 10.

"Semuanya bergantung kepada cara mereka datang berbincang. Adakah ia benar-benar berbaloi? 

“Sebab kalau setakat nak buat untuk cari RM30,000 atau RM40,000, tidak tahulah," katanya.

Muss berkata ketika ditemui pada sidang media Konsert Black On White Cromok-Barbarik pada Isnin

Tegas Muss lagi, keutamaannya kini sudah berubah berbanding ketika dia berada di usia muda dahulu.

"Fokus saya bukan lagi nak main band, bermuzik atau menyanyi macam umur 20 atau 30 tahun dulu. Pada usia sekarang, saya dah masuk fasa yang berbeza. Orang kata, dah umur pencen.

"Jadi bila ada permintaan seperti itu, saya tak boleh sekadar ikut kehendak peminat semata-mata.

“Saya kena tengok bagaimana pihak penganjur atau band itu sendiri mahu bekerjasama dengan saya sebab sekarang saya juga ada komitmen lain," jelasnya.

Bagaimanapun, Muss menepis spekulasi negatif dan menjelaskan hubungannya dengan anggota MAY masih berada dalam keadaan baik seperti biasa.

"Saya tak nak ulas lanjut pasal isu dalaman kumpulan itu. Abu okey, jumpa pun okey.

“Kalau yang tak okey itu, saya tak mahu cakap. Saya pernah bekerja dengan mereka. Saya lebih kepada yang natural," ujarnya.

Terdahulu, bekas vokalis MAY itu mengundurkan diri secara kekal pada tahun 2020.

Dalam perkembangan lain, Barbarik yang dianggotai JoBranko (gitar), Rozaimie (bass), Ainoll (dram) serta Muss bakal digandingkan bersama kumpulan otai, Cromok.

Dua kumpulan lagenda ini dijadualkan bakal menggegarkan pentas Konsert Black On White di Idea Live Arena, 3 Damansara, Petaling Jaya pada 27 Jun ini.

Anda mungkin berminat dengan

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

Advertisement